We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, September 17, 2010

KEMENANGAN PENTING

perlawanan kedua bagi piala malaysia telah berlangsung pada malam ini dan kelantan telah mendapat kemenangan pertama pada malam ini dengan menewaskan selangor pkns fc dengan jaringan 1 gol tanpa balas..

perlawanan yang dilangsungkan di stadium petaling jaya itu amat bermakna kerana kemenangan tersebut akan mengubat kekalahan pada perlawanan pertama menentang negeri sembilan pada 3 hari yang lepas..

sememangnya kelantan telah menemui rentak kemenangan tapi dengan hanya 1 gol yang dapat dijaringkan, itu mungkin merisaukan peminat dan juga jurulatih sendiri..

apakah yang berlaku kepada penyerang pasukan kelantan..adakah kerana rehat yang panjang telah menyebabkan mereka kurang berbisa pada permulaan piala malaysia ini..

sesungguhnya ini amat membimbangkan jika pemain tidak cergas untuk baki perlawanan yang seterusnya kerana kemenangan amat penting bagi melayakkan kelantan ke peringkat suku akhir piala malaysia..

semua peminat semestinya mengharapkan kelantan akan mengulangi kejayaan musim lalu iaitu melayakkan diri ke peringkat akhir..

semoga kita mendoakan kejayaan pasukan merah putih kita..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR