We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, October 6, 2010

KELANTAN MENGAGUMKAN

Assalamualaikum..

pada pukul 10.40 malam di stadium Muhammada IV, kelantan telah membelasah pasukan berstatus kelab iaitu selangor pkns fc dengan 4 gol tanpa balas. gol-gol tersebut telah dijaringkan oleh farisham, akmal rizal, badri dan juga ketua pasukan kelantan, indra putra..

kemenangan ini semestinya amat penting bagi pasukan kelantan dan juga peminat kelantan bagi meneruskan perjuangan kelantan dalam merebut piala malaysia..

kelantan yang dibarisi oleh pemain yang berbakat dan berpengalaman telah menunjukkan peningkatan dari segi permainan dan juga kekuatan mental yang tinggi. sememangnya pemain kelantan sekarang ini berada dalam tekanan bagi melayakkan diri ke peringkat suku akhir..

dengan ini hanya kl plus fc yang akan menjadi lawan terakhir kelantan dan kelantan harus konsisten sekiranya ingin meneruskan langkah kanan ke peringkat seterusnya..

kelantan akan bertandang ke stadium petaling jaya bertemu pasukan tuan rumah yang kalah kepada negeri sembilan dengan jaringan 2-1..

semestinya, kl plus fc akan bermain tanpa tekanan kerana telah tersingkir dari piala malaysia dan akan bermain dengan semangat yang kuat untuk memungut mata bagi mengubat kekecewaan tersebut..

oleh itu pasukan kelantan haruslah berhati-hati dan sentiasa fokus pada perlawanan terakhir tersebut dan seterusnya layak ke peringkat suku akhir..

saya mendoakan kejayaan kelantan dan berharap peminat akan terus menyokong kelantan..

gomo kelate gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR