We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, September 15, 2010

KEKALAHAN YANG MEMERITKAN

Semalam, 14/09/2010 pasukan Kelantan telah dikalahkan oleh pasukan dari selatan iaitu negeri sembilan dengan keputusan satu gol tanpa balas..

Sesungguhnya kekalahan semalam adalah amat memeritkan kerana perlawanan semalam ibarat perlawanan akhir piala malaysia edisi yang lepas..

nampaknya pasukan merah putih kita tidak dapat membalas dendam di atas kekalahan tersebut..

apa yang dapat saya perhatikan dari perlawanan semalam, corak permainan pasukan kelantan agak berbeza dengan corak perlawanan yang digunakan dalam liga super..

semasa di dalam liga super, corak permainan kelantan amat menarik dengan teknik hantaran pendek, hantaran yang tepat dan skill yang menakjubkan..

tetapi semalam amat membosankan..pemain pasukan kelantan lebih banyak membuat hantaran jauh dan kadang-kadang hantaran yang dilakukan entah ke mana..

kenapa jurulatih b stianathan tidak mengamalkan corak permainan hantaran pendek..cara itu lebih selamat dan pemain pun tidak mudah kepenatan kalau bermain cara hantaran pendek..

saya bukan menulis sebab saya pandai main bola. saya pun tak pandai tapi saya adalah peminat kelantan dan saya boleh menilai tahap permainan kelantan..

satu lagi, indra putra kelihatan tidak berfungsi dan dia tidaj banyak membantu pasukan kelantan pada perlawan tersebut..

jadi saya sebagai peminat setia kelantan sangat-sangat berharap agar pemain kelantan akan lebih fokus selepas ini dan akan terus mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan yang akan dihadapi selepas ini..

sama-sama la semua peminat kelantan mendoakan kejayaan pasukan kelantan..

gomo kelate gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR