We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, November 27, 2010

TUJUH

Assalamualaikum..

semalam manchester united bertemu dengan pasukan yang digelar the riversides, blackburn rovers di stadium theather of dream dengan kemenangan berpihak kepada man.united 7-1. itulah sebabnya saya memilih tajuk tujuh untuk bingkisan pada kali ini..


man.united menunjukkan kawalan bola yang menarik dan mereka menguasai hampir keseluruhan pada perlawanan semalam. teknik serangan balas juga adalah salah satu faktor kejayaan man.united menjaringkan kubu rovers yang dikawal oleh robinson..

pesta gol man.united bermula seawal minit ke dua apabila hantaran nani disempurnakan dengan baik oleh barbetov yang berjaya melepas kawalan pertahanan rovers dan barbetov merupakan pemain terbaik pada perlawanan tersebut apabila menjaringkan 4 lagi gol untuk man.united. dua gol lagi dijaringkan oleh park ji sung dan nani..

pada perlawanan semalam juga, rooney bermain sepanjang 90 minit dan kebanyakkan jaringan yang dilakukan adalah hasil hantaran beliau yang bijak mengelirukan pertahanan rovers..

perlawanan semalam adalah perlawanan yang menarik yang dipamerkan oleh pemain man.united. hantaran dekat dan jauh diaplikasikan dengan bijak oleh semua pemain. tetapi permainan semalam dirosakkan dengan 1 jaringan balas oleh rovers yang dijaringkan oleh samba dan itu adalah kesilapan pemain pertahanan man.united yang tidak bijak mengawal situasi iaitu j.evans. beliau kerap melakukan kesilapan yang boleh membahayakan kedudukan man.united..

semoga man.united akan terus memenangi perlawanan seterusnya. sama-sama kita saksikan kehebatan man.united pada minggu depan..

wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR