We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, October 25, 2010

KELANTAN TANPA JURULATIH

Assalamualaikum..

'naik tangga tapi tangga pulak patah'. itulah realiti pasukan kelantan sekarang..

ketika pasukan yang berada di tahap terbaik untuk membawa pulang piala malaysia,pasukan kelantan telah dikejutkan dengan penggantungan ketua jurulatih kelantan, b. sathianathan selama enam bulan bermula pada 23 hb yang lalu..

penggantungan ini berpunca daripada ulasan atau kritikan sathia tentang perlawanan antara perlis dengan terengganu yang terpaksa dilangsungkan di terengganu, sedangkan ketika itu pasukan perlis adalah tuan rumah bagi perlawanan tersebut. ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi seorang jurulatih kerana ia hanya meluahkan pandangan yang diberikan oleh wartawan yang tidak mengetahui kerana soalan tersebut, seorang jurulatih boleh digantung perlawanan..

sebenarnya persatuan bola sepak malaysia (fam) hanya menjadikan isu tersebut untuk melemahkan pasukan kelantan dan menutup kelemahan fam yang jelas terpampang.

cuba kita fikirkan dengan betul. kenapa fam memilih stadium terengganu, iaitu stadium lawan untuk dijadikan stadium tuan rumah sedangkan yang dilawan itu adalah pasukan negeri stadium tersebut dan semestinya penyokong pasukan lawan akan melebihi pasukan perlis. adakah fam terlepas pandang perkara seperti ini. kenapa tidak memilih stadium yang berdekatan dengan negeri perlis. contohnya stadium darul aman ke, stadium ipoh ker..

ini menunjukkan fam berat sebelah kepada pasukan negeri dan pasukan yang paling tidak disukai oelh fam ialah pasukan kelantan. pada tahun ini dan tahun lepas, hampir setengah juta kelantan telah didenda dan kita tau sememmangnya itu adalah kesilapan kita tapi pihak fam perlu sedar, pasukan bola sepak yang berada di malaysia bukannya mempunyai pendapatan seperti kelab liga perdana inggeris. kalau diperhatikan, penyokong pasukan negeri lain pun ada melakukan kesilapan tetapi denda yang dikenakan amatlah sedikit..

jadi saya berharap fam akan lebih menitikberatkan hal yang sangat sensitif ini tatkala kelantan sangat memerlukan khidmat sathia bagi menjana pasukan kelantan untuk merampas piala malaysia dari pasukan negeri sembilan..

semoga fam akan mendengar protes-protes dan bantahan yang dilakukan oleh pasukan kelantan dan menangguhkan keputusan tersebut pada waktu yang sesuai. saya bukan nak memandai-mandai dalam hal ini tapi saya berharap berilah sedikit belas kasihan kepada pasukan kelantan supaya imipian rakyat dan seluruh pemimpin kelantan akan tercapai pada tahun ini..

semoga semangat pemain kelantan tidak luntur walaupun dibelenggu masalah sebegini dan sebaliknya makin bersemangat untuk membawa pulang piala malaysia..

gomo kelate gomo..

sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR