We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, October 20, 2010

MALAM SERI PAGI MENANG

Assalamualaikum..

tajuk yang dipilih adalah untuk menggambarkan dua keputusan yang diperolehi oleh dua pasukan untama kita iaitu kelantan dan manchester united..

semalam, pasukan kelantan mengharungi perlawanan di stadium darul aman dengan baik dan bijak tetapi terpaksa berhempas pulas untuk seri 0-0 dengan pasukan tuan rumah, kedah apabila kecederaan melanda seawal 15 minit pertama..

pertahanan kental kelantan iaitu azizi mat ros dikeluarkan dan diganti dengan subramaniam. kemudian subra pula mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan dan diganti dengan daudsu. jadi semalam kelantan menempuh 75 minit permainan tanpa pemain gantian dan ini tidak menjadi masalah apabila kelantan berjaya mengikat kedah dengan keputusan tersebut..

apa yang jelas semalam, kelantan lebih mendominasi permainan dengan melancarkan serangan ke gawang kedah. kelebihan cubaan ke arah gol, penguasaan bola melebihi kedah, ini menunjukkan kelantan sememangnya pasukan yang akan menjadi juara untuk tahun ini..

semoga di kelantan nanti, kelantan akan dapat mengulangi kejayaan menundukkan selangor ke atas kedah dan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut..

lain pula keputusan yang diperolehi oleh manchester united di old trafford apabila berjaya menundukkan pendatang baru uefa champions league dari turki iaitu bursaspor dengan jaringan 1-0 yang dijaringkan oleh pemain sayap portugal,nani pada awal perlawanan..

nampaknya manchester united masih belum dapat mencari penyelesaian bagi menyelesaikan masalah jaringan gol ini. adakah manchester telah kekurangan pemain yang berbisa.

pada perlawanan tersebut, sir alex meletakkan macheda berseorangan didepan dengan dibantu oleh pemain tengan iaitu park, nani , fletcher dan juga carrick..

banyak peluang yang diperolehi tetapi tidak dapat diterjemahkan dengan jaringan kerana mungkin kawalan pertahanan yang kental yang ditunjukkan oleh pemain dari turki ini..

dengan keputusan tersebut, manchester united mendahului kumpulan dengan 7 mata mengatasi dua pasukan iaitu rangers dan valencia yang seri 1-1 dengan perbezaan 3 mata. ini adalah peluang terbaik untuk manchester united melangkah ke pusiangan seterusnya dengan memenangi perlawanan timbal balik nanti yang akan diadakan bermula 2 minggu lagi..

semoga kedua-dua pasukan merah kita ini akan terus menang di dalam setiap perlawanan yang dihadapi dan berjaya menjulang piala yang dipertandingkan..

sama-sama kita nantikan kejayaan pasukan merah kita..

gomo kelate gomo, we are united..

sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR