We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, September 20, 2010

EMM SERI LA PULAK

sedih bila melihat kepada laporan akhbar hari ini. sememangnya kelantan tidak berada di tahap yang sebenar apabila hanya mampu seri 3-3 dengan kl plus fc walaupun telah mendahului pada suatu ketika..

ini menunjukkan pertahanan kelantan tidak sekental ketika piala liga super yang dulu. betul jugak laporan tersebut sebabnya ketika 4 minit terakhir, pertahanan kelantan telah melepaskan 2 gol.. itu menunjukkan kelalaian pertahanan yang membinasakan impian kelantan untuk mencabar kedudukan negeri sembilan yang telah jauh dihadapan kerana telah berjaya mengalahkan lawannya.

seharusnya pemain harus sentiasa fokus terutama ketika telah mendahului pihak lawan kerana semestinya pihak lawan akan berusaha untuk mencari gol bagi menyamakan kedudukan atau pun untuk menjaringkan gol kemenangan..

apa pun saya berharap pasukan kelantan akan lebih berwaspada selepas ini dan saya merayu kepada pemain kelantan, tolong la jangan hampakan harapan dan impian kami untuk melihat pasukan kelantan menjulang piala berprestij itu..

saya akan terus berdoa agar pasukan kelantan akan terus berjaya pada perlawanan yang akan datang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR