We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, September 29, 2010

B. SATHIANATHAN MASIH DIPERLUKAN

assalamualaikum..
saya baru terbaca dalam satu blog yang menyentuh tentang jurulatih kelantan sekarang iaitu b. sathianathan..

mengikut blog tersebut, b. sathianathan telah dikritik oleh peminat dan ade sesetengah peminat yang meminta agar kudrat jurulatih ini dihentikan..

tetapi pengurus pasukan kelantan,azman ibrahim berkata khidmat b. sathianathan masih diperlukan oleh pasukan kelantan..

saya setuju dengan kata-kata pengurus kelantan tersebut. jika kelantan menukar jurulatih ketika keadaan kelantan masih tidak kosisten, ini boleh menyebabkan prestasi kelantan akan jatuh..

ape yang diperlukan oleh pasukan kelantan sekarang ini adalah penumpuan dalam setiap perlawanan..seelok-eloknya pemain kelantan diberikan motivasi agar pemain akan bermain dengan lebih baik serta keadaan mental yang baik..

cuba kita imbas kembali perlawanan ketika menentang kl plus fc di kota bharu yang lepas. oleh kerana kurang kekuatan dari segi mental, pemain mudah leka dengan kelebihan gol yang dijaringkan dan apabila pasukan lawan berjaya merapatkan kedudukan jaringan, mental pemain akan terganggu dan ini akan menyebabkan pemain hilang fokus dan membolehkan pihak lawan menjaringkan gol dalam tempoh masa yang singkat..

jadi pada pendapat saya, pihak pengurusan kelantan seharusnya dapat menilai prestasi pemain dan akan cuba untuk membantu meningkatkan balik mutu permainan kelantan yang agak kurang menarik buat masa ini..

diharap, pemain akan dapat membawa pulang tiga mata ketika berkunjung ke stadium paroi pada hari ahada ini dan akan memenangi kesemua perlawanan yang akan di tempuhi selepas ini..

saya sebagai peminat kelantan akan terus memberi sokongan kepada pasukan the red warriors ini..

gomo kelate gomo
sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR