We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, October 5, 2010

KELANTAN HARUS BANGKIT

Assalamualaikum..

Keputusan seri yang dicatatkan di Paroi boleh dibanggakan tetapi kelantan harus bangkit dengan segera supaya impian untuk menjulang piala malaysia tidak terkubuur..

kelantan harus mencari teknik yang sesuai dengan pasukan kelantan sekarang. adakah kelantan harus mengamalkan teknik menyerang atau menggunakan teknik counter attack..

disamping itu, jurulatih juga harus memikirkan taktikal yang sesuai bagi pemain-pemain yang dimilikinya. seelok-eloknya, cuba lihat taktikal pasukan-pasukan eropah seperti barcelona dan manchester united atau pun musuh manchester united iaitu chelsea. pasukan ini menggunakan taktikal yang mudah bagi saya..

selain itu, pertahanan kelantan dilihat mudah dibocori dari bahagian kanan yang dikawal oleh daudsu dan kelihatan pemain ini agak kurang kemas permainannya sejak akhir2 ini. tidak seperti ketika liga super, daudsu memainkan peranan yang sangat penting apabila dapat membantu menguatkan bahagian serangan..

jika kelantan ingin menggapai piala malaysia buat kali pertama, kelantan mesti memenangi perlawanan malam esok dan perlu menewaskan kl plus pada perlawanan terakhir..

apa yang pasti hanya kemenangan yang akan dapat membantu kelantan buat masa ini..

siapa lawan di suku akhir tidak perlu dirisaukan walaupun ada mengatakan mungkin selangor yang menanti di sana..

ape yang penting sekarang ialah melepasi halangan peringkat kumpulan ini dan seterusnya barulah kita memikirkan tentang lawan di suku akhir..

saya peminat kelantan akan terus berdoa bagi kejayaan pasukan kelantan..

gomo kelate gomo

sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR