We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, November 22, 2010

BELUM KALAH

Assalamualaikum...

lama saya tak luahkan pendapat mengenai dua pasukan yang saya minati iaitu manchester united dan juga pasukan negeri saya iaitu kelantan. pada post kali ini saya memilih tajuk 'belum kalah' yang ditujukan untuk pasukan manchester united yang masih belum kalah dalam 14 perlawanan dan ini merupakan rekod yang baik untuk manchester united..


pada perlawanan sabtu lepas, manchester united mengalahkan wigan untuk berkongsi mata bersama chelsea yang kalah dengan pasukan birmirgham city dengan jaringan 0-1. manchester united mengalahkan wigan dengan jaringan 2-0 yang diterjemahkan oleh pertahanan kiri kental, patrick evra dan penyerang mexico, chicarito..

perlawanan pada malam tersebut agak perlahan dan serangan yang dibuat berjaya dipatahkan oleh pertahanan wigan. ini kerana sesetengah pemain manchester lebih gemar menggelecek pemain sebelum menghantar kepada rakan sepasukan. oleh itu, hantaran yang dibuat kepada rakan agak kelam-kabut dan itu menyebabkan pasukan boleh kehilangan bola..

kadang-kadang saya terfikir, kenapa manchester sukar untuk menjaringkan gol dengan jumlah yang banyak? apakah puncanya? adakah kerana taktik yang digunakan oleh sir alex kuarang berkesan? saya rasa itu adalah mustahil. ini kerana manchester pernah mengalahkan as roma dengan jaringan 7-1 dan itu sememangnya persembahan bertenaga manchester..

pada perlawanan tersebut, saya sangat sukakan corak permainan seorang pemain muda, obertan yang menunjukkan permainan yang menarik. dengan skill yang dipamerkan, tidak mustahil pemain ini akan dapat menggantikan ryan giggs yang mungkin akan bersara nanti..

semoga manchester akan terus berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah ini untuk kemenangan yang seterusnya..

sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR