We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, October 25, 2010

FINAL ULANGAN 2009

Assalamualaikum..

berjumpa lagi dalam blog gomomerahgomo.blogspot.com. untuk coretan kali ini saya memilih tajuk 'final ulangan 2009'. kenapa saya memilih tajuk ini? mesti ramai yang telah mengetahuinya..

saya memilih tajuk ini adalah kerana pasukan the red warrior akan sekali lagi bertarung dengan pasukan negeri sembilan di peringkat akhir piala malaysia 2010. kedua-dua pasukan ini pernah bertarung di peringkat yang sama pada tahun lepas dan perlawanan itu dimenangi oleh pasukan negeri sembilan dengan jaringan 3-1..

kemunculan pasukan kelantan pada peringkat akhir untuk kali ini adalah memang tidak dijangka oleh banyak pihak. ini kerana pada perlawanan peringkat kumpulan piala malaysia, pasukan kelantan telah mengalami kekalahan di tangan pasukan negeri sembilan, menang ke atas selangor pkns fc dan seri dengan kl plus fc.

tetapi berkat sokongan peminat yang berterusan, semangat kental pemain, kebijaksanaan jurulatih dan keprihatinan pengurusan telah melonjakkan kembali pasukan kelantan dan dengan bergaya telah berjaya menyingkirkan selangor diperingkat suku akhir untuk bertemu kedah di peringkat separuh akhir dan dengan kegigihan pemain, pasukan kelantan berjaya sekali lagi bermain di pentas final buat kali kedua berturut-turut..

jadi kelantan harus menggunakan peluang ini dengan sebaiknya supaya kelantan akan berjaya membawa pulang piala malaysia pada tahun ini dengan membalas dendam ke atas negeri sembilan yang sangat liat untuk dikalahkan..

sebagai peminat setia kelantan, saya benar-benar berharap kelantan akan dapat melunaskan hutang yang amat penting untuk dibayar oleh semua pemain kelantan dan seterusnya membawa pulang piala malaysia untuk rakyat kelantan, pemimpin besar kelantan dan juga paling penting hadiah untuk sultan kelantan yang baru..

saya berharap semua pihak akan mendoakan kejayaan kelantan dan sentiasa menyokong kelantan pada setiap masa..

gomo kelate gomo..

sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR