We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, September 19, 2010

HARAPAN PEMINAT & PASUKAN KELANTAN

tepat pukul 8.45 mlm ini, pasukan the red warrior akan bertarung dengan pasukan yang digelar highway warrior iaitu pasukan kl plus di stadium sultan muhammad iv..

perlawanan ini amat penting kerana jika kelantan menang, pasukan akan berada di tangga teratas dan mengharapkan negeri sembilan tewas kepada atau seri kepada pasukan selangor pkns fc..

sekarang ini semangat pemain kelantan berada di tahap terbaik kerana telah berjaya menundukkan pasukan selangor pkns dengan jaringan 1-0 di stadium petaling jaya hasil jaringan akmal rizal pada minit ke 73..

peminat semestinya akan memenuhi stadium pada malam ini untuk memberi sokongan kepada pasukan kelantan agar pemain kelantan akan lebih bersemangat..

peminat juga berharap agar corak permainan kelantan pada malam ini lebih menarik dan diharap pasukan kelantan akan menggunakan teknik hantaran pendek supaya pasukan lawan tidak dapat menguasai bola dengan baik..

sama-sama la kita berdoa agar pasukan kelantan akan berjaya mendapat 3 mata berharga pada malam ini dan saya juga berharap agar pasukan kelantan dapat menjaringkan gol yang banyak supaya dapat menghiburkan peminat yang memenuhi stdium..sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR