We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, October 19, 2010

MASALAH PERTAHANAN BERULANG KEMBALI

Assalamualaikum..

coretan ini saya tujukan buat pasukan the red devils yang masih belum dapat menyelesaikan masalah pertahanan yang boleh dianggap amat merunsingkan..


jika kita perhatikan perlawanan manchester united sebelum ini, iaitu ketika bertemu fulham dan everton, di situ kita boleh nampak kelemahan pertahanan man. united..

ketika perlawanan menentang west bromwich albion, pertahanan yang paling tidak membanggakan adalah pertahanan kiri dan kanan yang dianggap agak rapuh. adakah evra dan vdic sudah hilang tumpuan dan apakah yang telah menyelubungi mereka berdua ini..

yang paling ketara adalah kesilapan penjaga gol yang amat memalukan dan biasanya, penjaga gol berpengalaman tidak seharusnya membuat kesilapan tersebut kerana kesilapan tersebut amat jarang berlaku..

kerana kesilapan tersebut menyebabkan man.united berkongsi 1 mata bersama wba dengan keputusan 2-2.

nampaknya pertahanan man.united harus diberi perhatian yang rapi supaya pada perlawanan selepas ini, kesilapan yang dilakukan adalah kurang..

sir alex juga perlu memikirkan siapakah yang layak untuk membarisi kesebelasan utama bagi perlawanan yang penting supaya tidak lagi kehilangan mata dan terus dapat mengejar chelsea yang gah berada di teraju puncak liga..

apa pun man.united harus bangkit segera dan perbaiki kesilapan yang telah dilakukan dan sentiasa bersemangat untuk merampas piala liga perdanan inggeris dari chelsea..

semoga man.united akan berjaya pada perlawanan yang seterusnya nati bertemu stoke city di tempat lawan..

we are united..

sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR