We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, October 18, 2010

TAHNIAH BUAT KELANTAN

Assalamualaikum..

bertemu kembali dalam blog gomomerahgomo.blogspot.com. hari ini saya memilih tajuk tahniah buat kelantan kerana ucapan ini saya tujukan buat pasukan kelantan, pemain kelantan, pentadbir kelantan dan seterusnya rakyat kelantan kerana buat kali kedua kita telah berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir piala malaysia. lebih manis, kita telah melangkah ke separuh akhir dengan menundukkan gergasi merah kuning dengan keputusan besar 3-0..

keputusan tersebut sememangnya layak untuk kelantan kerana permainan kelantan pada malam tersebut amat mengagumkan. corak permainan yang mudah dengan menggunakan hantaran pendek telah berjaya membolosi pertahanan kental selangor..

selain itu, kita juga harus berterima kasih kepada jurulatih kelantan, b. sathianathan yang telah berjaya melatih pemain dan menerapkan taktikal baru yang amat bersesuaian dengan corak permainan kelantan..

kita juga harus mengucapkan terima kasih kepada pemain kelantan yang menunjukkan semngat kental yang tinggi setaraf dengan gelaran mereka 'the red warrior'. punca kemenangan semalam diaplikasikan oleh 3 jaringan pemain kelantan iaitu norfarhan, akmal rizal dan badri radzi..

tetapi ada sesetengah dari peminat kelantan sebenarnya tidak sayangkan pasukan kelantan. mereka membuat kacau di stadium lawan dan ini menyebabkan persatuan bola sepak kelantan akan dipersalahkan. adakah pasukan kelantan akan terus berjaya jika peminat tidak menerapkan nilai murni dalam diri mereka. mereka harus fikirkan kepada masa depan pasukan kelantan. apabila berlaku kesalahan yang dilakukan oleh peminat, persatuan yang harus menanggung kesalahan tersebut dan ini akan merugikan pasukan seterusnya mungkin boleh menyebabkan kerugian kepada pasukan..

jadi saya sebagai peminat setia pasukan kelantan, amat berharap kepada peminat lain agar cuba bersabar dan tunjukkan contoh yang baik kepada peminat pasukan lain bahawa penyokong pasukan kelantan adalah yang terbaik..

semoga kelantan akan terus berjaya di dalam perjuangan merampas kejuaraan piala malaysia dari negeri sembilan.

gomo kelate gomo

sekian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR