We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, October 3, 2010

KURANG MENYENGAT

Assalamualaikum..

itula tajuk yang saya tujukan buat pasukan the red devils. mereka kelihatan buntu untuk menjaringkan gol walaupun gandingan baru yang diterapkan..


di manakah silap pasukan manchester united? keputusan seri dengan sunderland ini adalah yang keempat musim ini dan manchester united belum lagi dapat memungut 3 mata di stadium lawan..

adakah ini menunjukkan manchester united sudah tidak berbisa atau perlukah sir alex mencari penyerang yang lebih baik atau adakah corak latihan dan taktikal sir alex sudah tidak menjadi?

pelbagai andaian boleh dibuat tapi apa yang jelas tentang kelemahan manchester united ialah ketiadaan penyerang yang berbisa seperti eric cantona, cristiano ronaldo dan penyerang yang lain. selain dilanda masalah kecederaan pemain, manchester united juga mengharapkan sentuhan seorang pemain yang digelar 'magic boy',wayne rooney yang sekarang ini dilanda masalah rumah tangga..

semua itu adalah punca kemerosotan pasukan the red devils untuk awal musim ini.

sesuatu perlu dilakukan dan pihak pengurusan dan latihan perlu mengkaji, apakah kesilapan yang sering dilakukan oleh pemain ketika berada di atas padang..

selepas ini, pasukan manchester united akan bertemu dengan west bromwich albion di stadium old trafford. saya berharap pasukan manchester united harus memenangi perlawanan ini untuk meningkatkan keyakinan pemain dan seterusnya meneruskan langkah kemenangan..

sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR