Saya ingin menyentuh sedikit tentang perlawanan semalam. Pada pendapat saya, perlawanan semalam lebih dikuasai oleh pemain tuan rumah. Ini kerana mereka bermain hantaran bawah dan mereka juga berjaya mengawal bahagian tengah padang dengan baik. Apa yang menghalang pasukan Garuda Muda untuk menjaringkan gol adalah kerana ketumpulan serangan pasukan tuan rumah dan kekentalan pemain pertahanan yang berjaya mengawal pemain penyerang dengan baik. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada Nik Shahrul Azim dan Pasukan Harimau Muda Malaysia kerana telah berjaya memenangi Piala SCTV di Jakarta. Semoga dengan kemenangan ini, Malaysia akan lebih yakin untuk masa akan datang. Untuk Nik Shahrul pula, semoga terus bermain dengan baik dan menaikkan nama Kelantan dan Malaysia di rantau asia dan dunia. Teruskan usaha agar berjaya meningkatkan mutu permainan anda dan seterusnya berjaya bermain di peringkat yang lebih tinggi. Selamat Berjaya Untuk Nik Shahrul Azim dan Malaysia. Gomo Kelate Gomo.
