Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, September 28, 2012

SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2012 PULAK, ADA SIARAN LANGUSNG



Selepas tersingkir daripada saingan suku akhir Piala AFC, The Red Warriors sekali lagi akan berjuang dalam saingan suku akhir iaitu suku akhir Piala Malaysia. Perlawanan yang akan bermula jam 8.45 malam di Stadium Hang Jebat Melaka akan menjadi venue perlawana antara pasukan tuan rumah Felda United bertemu Kelantan.



Kelantan harus memenangi perlawanan ini supaya mereka dapat menempuhi perlawanan kedua di kota bharu dengan tanpa tekanan. Kemenangan juga penting bagi menaikkan semangat pemain dan penyokong.

Felda United semestinya ingin mengalahkan Kelantan di laman sendiri untuk melangkah ke saingan separuh akhir tapi mereka harus ingat, juara liga super ini sememangnya gagah di tempat sendiri. Jadi, kalu mereka hendak menang, kena menang dengan jaringan yang banyak tapi ia pasti tidak akan berlaku.

Ini kerana pasukan Kelantan dilaporkan bebas dari kecederaan pemain. Ini memberi peluang kepada jurulatih, Bojan Hodak untuk menurunkan pasukan terkuat bagi menghadapi pasukan kelapa sawit ini.

Kalu dilihat kepada rekod pertemuan Kelantan dan Felda United dalam liga super Malaysia, Kelantan menang sekali dan Felda United menang sekali. Ini harus diberi perhatian kerana dalam saingan peringkat kumpulan C, Felda United mampu menyaingi Perak, Negeri Sembilan dan Sime Darby untuk layak ke pusingan suku akhir ini.

Mengikut firasat saya, malam ini Kelantan akan memenangi perlawanan ini tapi dengan jumlah gol yang kecil kerana Felda United adalah sebuah pasukan yang agak susah untuk dikalahkan.

Malam ni, memang saya akan terpacak di depan televisyen, nak gi stadium jauh, untuk menyaksikan perlawanan tersebut di TV1 yang menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung. Bagi yang duduk jauh, boleh melayari live streaming TV1 untuk menyaksikan siaran langsung melalui internet.

Kepada penyokong setia Kelantan, sama-sama kita doakan kejayaan Pahlawan Merah kita malam ini.

Gomo Merah Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR