We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, September 26, 2012

MENANG DI PUSINGAN KETIGA



Pagi tadi, Sir Alex dan anak buahnya menerima kunjungan The Magpies untuk perlawan pusingan ketiga Piala Capital One bagi musim 2012 ini. Perlawanan tersebut dimenangi oleh The Red Devils dengan keputusan 2-1 hasil jaringan Anderson dan Cleverly mana gol Newcaslte dijaringkan oleh P.Cisse.


Dengan kemenangan tersebut, Manchester United dijadualkan akan bertemu pendahulu liga perdana inggeris, Chelsea pada pusingan keempat yang akan di adakan di Stamford Brigde pada bulan Oktober nanti.

Pada perlawanan pagi tadi, Sir Alex mempertaruhkan pemain muda dalam kesebelasan utama dan perancangannya berhasil apabila mereka berjaya memenangi perlawanan tersebut.

Inilah kesebelasan yang diturunkan pada pagi tadi.De Gea; Vermijl, M.Keane, Wootton, Buttner; Fletcher, Cleverley, Anderson; Rooney, Welbeck, Chicharito. Nampaknya Sir Alex menggunakan fomasi 433 dengan Rooney diturunkan buat kali pertama selepas kecederaan ketika bertemu Fulham pada saingan liga perdana inggeris.

Nampaknya Manchester United telah mempunyai pelapis yang boleh digunakan untuk saingan liga perdana dan piala FA nanti.


Semoga Manchester United akan dapat menjulang piala Capital One pada tahun ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR