We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, September 25, 2012

PELUANG BANYAK TAPI HANYA 1 GOL

Kapten Kelantan, Piya menjadi penggerak utama Kelantan ketika menentang Arbil FC semalam.

Mesti ramai penyokong Kelantan yang frust pada game semalam tapi itu adalah lumrah dalam bola sepak. Pasukan mana yang ambik peluang dari kesilapan lawan akan berjaya menjaringkan gol. Itulah yang berlaku semalam.

Pasukan Kelantan mempunyai banyak peluang hasi serangan yang bertali arus ke gawang lawan. Kalau Ghaddar cergas dan dapat diturunkan dengan lebih awal, saya rasa 4 gol yang kita hendak, tidak mustahil untuk digapai. Tengok la semalam, walaupun Ghaddar masuk hanya 30 minit, tapi dia telah berjaya megucar-kacirkan pertahanan lawan dengan gerakan dan larian yang menarik.



Walaupun seri, saya memang sangat-sangat berpuas hati dengan corak permainan Kelantan. Sangat-sangat menarik. Hantaran pendek, control ball yang menarik dan penguasaan bola yang tinggi. Dengan kelab pak arab, kita boleh main macam tu. Kenapa Bojan Hodak tidak mengamalkan corak permainan macam ni ketika saingan Piala Malaysia ini.

Bahagian defend, saya sangat puji dua pemain pinjaman Kelantan, Mafry dan Aslam. Mereka sesuai berganding dengan Obinna dan Subra di bahagian defend dan saya rasa ada baiknya kalu Kelantan mengikat kontrak dua pemain ini untuk musim depan. Gol keeper tak payah ulas, memang dah A.

Bahagian tengah sememangnya dikuasai Kelantan dan mereka dilihat bebas bergerak. syok tengok Piya, Norfarhan, Syakir dan Indra mengawal bahagian tengah. Passing yang bijak dan tepat. Ini la permainan yang ingin dilihat oleh setiap penyokong Kelantan.

Bahagian penyerang agak kurang berkesan. Kalau Ghaddar boleh dimasukkan pada masa pertama lagi, saya rasa lagi syok tengok Kelantan main.

Apa pun, apa yang dapat kita banggakan ialah stadium keramat kita berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah. Itu yang penting. Ia boleh menjadi penguat semangat pemain untuk bermain dengan lebih baik supaya rekod tersebut tidak dipecahkan.

Satu lagi, pemain ke12 Kelantan, penyokong yang bagus semalam. Tidak lempar botol dan mercun. Ini la sebenarnya peribadi rakyat Kelantan.

Tahniah buat Kelantan walaupun tidak layak ke pusingan seterusnya, tapi kita berjaya membuktikan bahawa kita juga boleh bersaing dengan kelab dari luar jika diberikan peluang.

Gomo Kelate Gomo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR