Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, September 25, 2012

GOODBYE AFC CUP


Permainan cantik dan semangat untuk bangkit ditunjukkan oleh setiap pemain. Nasib bukan menyebelahi Kelantan dengan peluang yang banyak gagal disempurnakan. Jadikan ini pengalaman untuk masa akan datang.



Kelantan seri 1-1 dengan Arbil SC malam ini tetapi tewas 6-2 dalam agregat sekaligus mengakhiri persaingan dalam Piala AFC.

Kelantan yang kecundang 5-1 ke atas Arbil SC di Iraq pada saingan suku akhir pertama Piala AFC telah bernekad untuk berjuang habis-habisan di Kota Bharu walaupun peluang untuk mara ke separuh akhir tipis.

Tanpa kehadiran enam pemain tonggak di Iraq, Kelantan hanya berjaya mencatat satu jaringan penalti oleh kapten pasukan, Badhri Radzi.



Pasukan The Red Warriors turun lebih mantap dalam saingan suku akhir kedua Piala AFC di Kota Bharu dengan kehadiran semula enam pemain yang tidak ke Iraq sebelum ini.

Kehadiran mereka ternyata memberi lebih semangat kepada pasukan yang memulakan perlawanan dengan baik.

Kelantan telah menguasai hampir keseluruhan separuh masa pertama dengan asakan dari Norfarhan dan Afiq Azmi. Namun, Arbil SC yang selesa dengan kemenangan 5-1 sebelum ini lebih memilih untuk bertahan dan menyukarkan Kelantan menjaringkan gol.

Walaupun beraksi lebih baik dari kelab Iraq itu, sedikit kesilapan di bahagian pertahanan Kelantan telah menyebabkan Sula Matobo menjaringkan gol mudah untuk Arbil SC dan meletakkan pasukan itu 1-0 di hadapan pada minit ke-37.

Jaringan gol pertama itu menambahkan tekanan kepada Kelantan yang kini perlu menjaringkan lima gol untuk seri dan enam gol untuk mara ke separuh akhir.

Pada separuh masa kedua, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak telah melakukan perubahan di bahagian serangan dengan menggantikan Afiq Azmi dengan Mohamad Ghaddar yang baru pulih dari kecederaan.

Sentuhan Ghaddar semestinya dirindui dan diharapkan Kelantan memandangkan jaringan gol olehnya kebanyakannya adalah dalam saingan Piala AFC.

Arbil SC terus bertahan dengan hampir lapan orang pemain di posisi pertahanan.

Terdapat beberapa percubaan dari Indra Putra dan Norfarhan namun tidak berjaya.

Pada masa penamat, Kelantan telah diberikan sepakan penalti yang berjaya dijaringkan oleh Ghaddar.

Keputusan seri 1-1 di Kota Bharu itu menandakan berakhirnya perjuangan Kelantan dalam Piala AFC tahun ini dan Arbil SC layak ke separuh akhir.

SUMBER : KELATE.NET
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR