Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, September 11, 2012

EMM..SORANG LAGI PERTAHANAN CEDERA

Tak tau la nak kata macam mane dah kat team Manchester United ni. Lepas Jones cedera, ade pulak sorang lagi pertahanan yang cedera. bukan Rio Ferdinand,Vidic pun bukan. Smalling tak sembuh-sembuh lagi. Jadi, sape yang cedera? Tak lain tak bukan Jonny Evans. Evans cedera masa dia wakil negara dia untuk kelayakan piala dunia 2014 nanti. Masa tu dia lawan Russia dan Ireland Utara, negara dia kalah 0-2.
 Jadi, dengan kecederaan Evans, Sir Alex kena la juga letakkan Rio dan Vidic di pertahanan tengah. Tapi tak tau la takut Sir Alex nak letak Vidic dengan Carrick pun boleh jadi jugak sebab dah tak de orang lain.

 

 Pada pandangan saya, Vidic dengan Rio ni, dia tak de persahaman buat masa sekarang. Cuba kita imbas masa lawan Fulham dan Soton, banyak kesilapan mudah yang dilakukan oleh bahagian pertahanan. Evra pun nampak macam kureng sikit awal musim ni. Masa lawan Soton (Southampton), Evra macam tak berdaya dan cara dia main pun macam ade tak kena. So, saya rasa elok kalu Sir Alex kekalkan Vidic dengan Rio cuma kalu boleh pertahanan kanan tu mintak ditukarkan sebab saya rasa Rafael tidak konsisten dan pemain lawan mudah menyerang dari bahagian dia. Saya cadangkan Valencia tapi masalahnya sape pulak nak main sayap. Tak pun bagi peluang kat Nani untuk buktikan yang dia masih lagi diperlukan di Old Trafford. Tapi semua keputusan atas pengurus, cuma kita harap sangat-sangat Manchester United balas dendam untuk kekalahan musim lepas. Gomo Merah Gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR