We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, September 29, 2012

MENANG TIPIS TAPI SELESA

Kelantan boleh menarik nafas lega apabila membawa bekalan selesa 2 gol balik ke Kota Bharu. Gol hasil jaringan Nurul Azwan Roya dan Indra Putra telah meletakkan Kelantan selangkah ke separuh akhir Piala Malaysia bagi musim 2012 ini.



Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Hang Jebat itu ibarat Stadium Muhammad keIV apabila penyokong The Red Warrior memenuhi hampir keseluruhan stadium tersebut. Penyokong juga berdisiplin malam ni. Tabik spring untuk penyokong kedua-dua pasukan.

Felda United pula berjaya mencuri satu gol hasil jaringan bekas pemain Kelantan, Khairon Iroza. Tugas berat menanti Felda United di Kota Bharu kerana jika mereka ingin layak, mereka harus menjaringkan dua gol tanpa balas. Itu semestinya sukar kerana Kelantan agak sukar untuk ditewaskan di Stadium Muhammad keVI. Tapi Kelantan harus berwaspada kerana Felda United mampu melakukan kejutan seperti yang dilakukan ketika seri dengan Perak di tempat lawan.

Corak permainan yang menarik dengan hantaran pendek dan pemain tengah Kelantan, Piya dan Syakir berjaya menguasai bahagian tengah dengan baik dan hasil hantaran Piya lah, Indra berjaya menjaringkan gol kedua.

Penyerang dilihat agak berbisa apabila Ghaddar diturunkan tetapi Mat Yo masih buntu untuk menghasilkan jaringan. Mungkin Mat Yo harus direhatkan sebentar dan memberi laluan kepada supersub Kelanta, Norfarhan untuk mengisi bahagian serangan. Kadang-kadang saya pelik kenapa Bojan tidak menyenaraikan Norfarhan di dalam kesebelasan utama Kelantan, sedangkan dia bermain baik dan mampu menjaringkan gol? Mungkin Bojan ada strategiknya sendiri.

Jadi, Kelantan berjaya mengalahkan Felda United di Melaka. Tunggu 2 Oktober untuk mengesahkan Kelantan ke separuh akhir Piala Malaysia.

Gomo Kelate Gomo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR