We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, September 25, 2012

SCORE BOARD BARU


Papan markah eletronik untuk stadium keramat kita telah siap dan akan digunakan untuk lawan Arbil FC nanti. Tak sangka akhir tercapai juga impian kita. Kesian pulak kat budak yang tukar papan markah tu. Mesti dia sedih sebab papan lama tu dah jadi sejarah..eheheheh

KOTA BHARU – Penantian rakyat Kelantan untuk melihat Stadium Sultan Muhammad IV memiliki papan markah elektronik akhirnya tercapai.

Malah, papan markah baharu yang dipasang di stadium itu merupakan yang terbaik di negara ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, papan markah bernilai RM2.3 juta itu adalah sumbangan Jabatan Perdana Menteri selaras janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kemajuan bola sepak Kelantan.

“Ini adalah papan markah elektronik yang terbaik di negara ini, malah ia lebih bagus berbanding yang ada di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana teknologi yang digunakan semuanya terkini dan kesemuanya diimport dari Jepun.

“Pembinaannya bermula tiga bulan lalu dan akan siap sepenuhnya tidak lama lagi dan untuk perlawanan menentang Arbil FC (Piala AFC) beberapa perkara asas papan markah itu akan digunakan,” katanya.

Beliau bercakap kepada Utusan Malaysia ketika berkunjung ke stadium bersama beberapa pemimpin KAFA bagi melihat perkembangan terkini pemasangan papan markah itu di sini semalam.

Annuar berkata, pembinaan papan markah itu turut melibatkan pemasangan lima kamera di dalam stadium di mana tiga daripadanya menggunakan sistem robotik manakala dua lagi tanpa wayar.

Jelas beliau, pemasangan kesemua kamera itu akan siap tidak lama lagi dan pembekal akan turut melatih staf KAFA dan Perbadanan Stadium untuk menjadi operator bagi mengendalikan peralatan berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR