We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, September 26, 2012

FOKUS WALAUPUN TERSINGKIR

Setelah Kelantan telah tersingkir dari saingan suku akhir Piala AFC, mereka akan menumpukan perhatian kepada saingan suku akhir Piala Malaysia bertemu Felda United pula. Walaupun tersingkir, semangat pemain tidak harus luntur tapi sebaliknya harus bangkit bagi membuktikan kepada Malaysia bahawa Kelantan adalah  pasukan bola sepak terkuat di negara ini.

KOTA BHARU – Tersingkir daripada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas tewas dengan agregat 2-6 pada peringkat suku akhir kepada pasukan Iraq, Arbil FC tidak akan menjejaskan fokus Kelantan dalam misi memenangi Piala Malaysia musim ini.

Jurulatihnya, Bojan Hodak percaya pasukannya masih pilihan utama untuk menjuarai piala paling berprestij itu dalam usaha mencipta kejuaraan treble tahun ini selepas memenangi Piala FA dan Liga Super.

Menurutnya, kejayaan pasukannya mengekalkan rekod tanpa kalah di Stadium Sultan Muhammad IV sejak lebih setahun lalu selepas seri 1-1 dengan Arbil FC, merupakan satu lonjakan moral untuk anak buahnya.


“Saya sentiasa yakin dalam setiap perlawanan. Kami ada skuad yang bagus dan bermain dengan baik jadi kami sangat yakin untuk memenanginya.

“Tambahan pula Liga Super dan Piala FA sudah kami menangi jadi tiada lain yang menjadi pilihan selain kami cuma seperti semua pasukan, Kelantan perlu berusaha 200 peratus,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan menentang Arbil FC di Kota Bharu semalam.

Perlawanan tersebut menyaksikan Kelantan menguasai keseluruhan permainan dengan beberapa peluang mencipta jaringan namun ketinggalan 0-1 pada separuh masa kedua.

Ketika Kelantan dilihat bakal menerima kekalahan, asakan bertali arus ke kubu lawan akhirnya membuahkan hasil melalui penalti oleh penyerang mereka, Mohd. Ghaddar pada minit ke-93.

Mengulas perlawanan itu, Hodak percaya Kelantan merupakan pasukan terbaik di sepanjang perlawanan namun anak buahnya gagal memanfaatkan peluang gol.

“Jika anda bertemu dengan pasukan seperti Arbil FC, anda perlu memanfaatkan peluang yang ada kerana jika tidak mereka akan menghukum anda.

“Jika kami menjaringkan gol pada separuh masa pertama, ia pasti akan mengubah corak perlawanan dan kami pasti memperolehi keputusan yang berbeza,” ujarnya.

Kelantan akan memulakan saingan suku akhir Piala Malaysia Sabtu ini bertemu Felda United di Stadium Hang Jebat, Melaka.

SUMBER : KELATE.NET
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR