We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, September 24, 2012

AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK LAYAK


Obinna dijangka diturunkan untuk memperkuatkan bahagian pertahanan Kelantan.

Walaupun dilihat sukar tetapi kita yakin keajaiban akan berlaku. Kelantan akan layak ke separuh akhir Piala AFC. Pemain akan cuba sedaya upaya untuk menjaringkan gol dan menyamakan aggeregat untuk layak.

KOTA BHARU – Secara matematik, peluang Kelantan untuk mencipta satu lagi sejarah baharu layak ke saingan separuh akhir Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2012 tampak semakin pudar.

Tewas 1-5 kepada Arbil FC dalam peringkat suku akhir pertama 18 September lalu, memberi gambaran skuad kendalian Bojan Hodak berhadapan situasi sukar untuk bangkit mencipta kemenangan luar biasa dengan jaringan yang banyak di Kota Bharu malam esok.



Bagi Ketua Pasukan, Mohd Badhri Radzi, beliau mengakui berdepan tugas berat tersebut tetapi pada masa sama turut menagih sokongan padu penyokong The Red Warriors bagi menyemarakkan semangat juang rakan sepasukannya.

“Selagi baki 90 minit perlawanan belum berakhir, Arbil FC tidak boleh mendabik dada mengatakan mereka sudah mara ke separuh akhir. Apa-apa pun boleh terjadi dalam tempoh tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Soal layak atau tidak (bagi Kelantan) itu perkara lain, tetapi kami berjanji mahu mempamerkan aksi terbaik. Kalaulah tidak layak sekali pun, sekurang-kurangnya kami puas dapat mengalahkan mereka di Kota Bharu.

Mengakui kecewa dengan kekalahan besar pada aksi suku akhir pertama minggu lalu, Mohd Badhri menyifatkan segala-galanya tidak menjadi percaturan yang direncanakan oleh jurulatih Bojan Hodak pada perlawanan tersebut.

“Kita pergi ke sana (Iraq) dengan pasukan tempang. Tetapi kita masih beraksi dengan baik sehingga mengikat seri 1-1 sepanjang 45 minit babak pertama. Apabila Dennis Antwi dikeluarkan, penyerang kita terus gagal menembusi benteng pertahanan mereka.

“Kalau hendak kata Arbil FC ada kelebihan, saya akui faktor fizikal dan ketinggian pemain mereka mengatasi kita. Tetapi kalau ikutkan corak permainan, tiada bezanya kerana kita sebenarnya masih boleh memberi saingan kepada mereka.

“Cuma kita kena awasi pergerakan dua pemain mereka iaitu Halkard Mohammad Taher dan Amjed Radhi. Dua pemain ini begitu lincah, dan saya fikir kalau kita dapat sekat mereka, Arbil FC tidak ruang untuk menjaringkan gol di sini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, jeneral padang berusia 30 tahun itu menganggap kehadiran beberapa tonggak utama bakal memperkuatkan Kelantan dalam usaha mereka memburu empat gol dalam pertemuan ini.

“Saya gembira apabila Norshahrul Idlan (Talaha), Indra Putra (Mahayuddin) dan Obinna Nwaneri sudah kembali bersama pasukan. Sudah pasti kami begitu bersemangat dengan kehadiran mereka,” katanya.

SUMBER : KELATE.NET
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR