We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, September 29, 2012

(TERKINI)KALAH DI LAMAN SENDIRI-BANGKIT TAPI SUDAH TERLAMBAT

Dempsey mengawal pergerakan Van Persei. Dempsey menjaringkan gol ketiga Spurs

Perlawanan yang menarik tapi untuk separuh masa kedua.Separuh masa pertama, Manchester United tidak mampu membuat serangan ke arah pintu gol Spurs dan ketinggalan 2-0. Spurs memperolehi gol hasil counter attack.
Pada perlawanan semalam, kelemahan bahagian pertahanan amat ketara. Gandingan antara Evans dan Ferdinand dilihat kurang persefahaman dan Ferdinand dilihat mudah untuk ditewaskan oleh lawan yang lebih muda. Saya rasa Sir Alex boleh mendapatkan seorang pertahanan tengah bagi menampung bahagian pertahanan yang agak goyah.

Bahagian tengah ok tapi tidak mampu untuk membuat hantaran kepada penyerang. Ini kerana pertahanan Spurs dilihat sangat tersusun dibantu oleh pemain tengah yang lekas turun membantu apabila diserang. Bahagian tengah bertambah ok apabila Rooney dimasukkan dan Rooney memberi impak yang sangat besar tapi semua telah terlambat.

Bahagian serangan dilihat tidak mampu menembusi bahagian pertahanan Spurs. Saya perhatikan, Van Persie tidak mampu untuk bergerak bebas kerana dirantai oleh pertahanan Spurs. Setiap hantaran kepada Van Persie dapat dipatahkan kerana sentiasa dikongkong. Nampaknya Sir Alex perlu menukar taktikal. Cadangan saya, apabila bertemu dengan kelab yang kuat, Sir Alex kena meletakkan dua penyerang supaya dapat membantu Van Persie dalam membuat serang. Jika Van Persie diletakkan perseorangan, serangan Man. United akan senang dipatahkan. Beberapa perlawanan telah membuktikannya.

Spurs semalam adalah pasukan yang kuat. Mereka datang dengan semangat yang kuat. Mereka datang ketika Man.United dalam krisis kecederaan dan kita tak mampu untuk buat apa-apa. Saya rasa jika Young, Valencia, Vidic dan Jones ade, permainan semalam mungkin lebih sengit tapi apa kan daya perkara dah lepas. Selepas ini, mungkin sedikit perubahan taktikal boleh dilakukan supaya Man.United berjaya mendapatkan 3 mata.

Dengan kekalahan tersebut, Man. United dipintas Everton dengan 12 mata untuk berada di tangga ketiga liga. Selepas tugas berat juga menanti Man. United apabila bertemu Newcastle United di stadium lawan untuk perlawanan ketujuh liga.

Harapan penyokong untuk melihat Man. United berjaya berada di puncak liga dan seterusnya berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR