We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, September 19, 2012

MISI BALAS DENDAM BERJAYA


Pada hari sabtu yang lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris, The Red Devils telah berjaya mengalahkan Wigan di Old Trafford dengan keputusan 4-0. Dengan kemenangan tersebut, Manchester United berjaya berada di tangga kedua liga.

Pada perlawanan tersebut, Sir Alex melatakkan Welbeck dan Hernandez sebagai penyerang utama. Ini kerana Van Persie dan Rooney masih dibelenggu kecederaan tetapi Sir Alex memasukkan Van Persie 20 minit terakhir untuk memberinya stamina.

Perlawanan itu juga telah menjadi perlawanan pertama bagi defend baru United, Buttner yang menggantikan Evra pada posisi kiri dan pemain ini berjaya membuktikan kemampuannya apabila membantu Hernandez menjaringkan gol dan juga berjaya menjaringkan 1 gol untuk United.



Gol pertama United dijaringkan oleh Scholes yang menampan bola muntah hasil rembatan nani. Gol kedua dijaringkan oleh Hernandez yang mudah menyambut hantaran Buttner di hadapan pintu gol lawan. Selepas itu, Buttner menambah derita Wigan dengan gol ketiga apabila rembatannya berjaya mengalahkan Al-Hasbi. Pemain muda yang baru ditandatangani oleh United, Nick Powell berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk United apabila merembat kencang melepasi jangkauan Al-Hasbi.

Dengan kemenangan ini, United telah mengumpul 9 mata dan ketinggalan 1 mata di belakang pendahulu liga, Chelsea yang seri dengan QPR.

Untuk perlawanan kelima liga, United akan bertemu dengan seteru utama, Liverpool dan maklumat perlawanan akan saya update nanti.

Tahniah untuk United dan tahniah untuk fan United.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR