We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, September 19, 2012

TERIMA KENYATAAN


KETAKUTAN yang akhirnya menjadi kenyataan.

Demikian hakikat yang terpaksa diterima oleh Kelantan apabila dimalukan dengan kekalahan besar 1-5 kepada kelab Iraq, Arbil FC pada aksi suku akhir pertama Piala AFC kelmarin.

Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini yang menganggap laluan Kelantan pada peringkat suku akhir cukup berliku.



Menurutnya, kehilangan hampir separuh tonggak utama pasukan jelas memperlihatkan aksi tempang Kelantan yang dilihat gagal mengimbangi perlawanan terutama pada babak kedua.

“Sebagaimana semua tahu, kita datang ke Iraq dengan skuad yang agak tempang tanpa beberapa pemain tonggak seperti S. Subramaniam, Muhammad Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin, selain kegagalan kita untuk daftar dua pemain import baharu agak memberi kesan kepada pasukan.

“Kita juga kena akui kita masih lagi jauh kebelakang jika hendak dibandingkan dengan pasukan-pasukan Asia Barat dari segi fizikal dan kualiti,” kata Azman semalam.

Menurut Azman, The Red Warriors (TRW) gagal untuk menyekat kemaraan Arbil FC khususnya pada babak masa kedua yang menyaksikan pasukan turun rumah itu tampil dengan aksi lebih pantas.

“Kekalahan mungkin suatu yang semua orang tidak inginkan tetapi secara positifnya, kekalahan memberikan kita satu panduan untuk mencari dan memperbaiki kelemahan,” ujarnya.

Sementara itu, ‘orang kuat’ bola sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa ternyata gagal menyembunyikan kekecewaan dan sedih dengan kekalahan tersebut.

“Sedih. Apa yang kita tidak mahu berlaku kepada pasukan yang mewakili negara dalam AFC akhirnya menimpa TRW.

“Kalah tak mengapa tetapi diaibkan dengan lima gol adalah memalukan,” ujarnya yang dipetik melalui jaringan sosial Facebook.

Pada aksi yang berlangsung pukul 11.30 malam kelmarin (waktu Malaysia) di Stadium Franso Hariri, Iraq itu, Arbil FC membuka tirai jaringan melalui Halkard Mohammad Taher pada minit ke-38.

Ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-41 selepas Denny Antwi dijatuhkan dalam kotak penalti.

Kelantan jelas gagal menyaingi kepantasan Arbil FC pada babak kedua yang menyaksikan gawang mereka dibolosi empat gol menerusi jaringan Amjed Radhi pada minit ke-50, Luay Salah (66) dan Salih Sadeer (72 dan 93).

Kelantan akan menanti kunjungan Arbil FC pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 25 September ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR