Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, September 22, 2012

THE RED DEVILS MENANG, THE REDS KALAH


Rafael meraikan gol penyamaannya bersama rakan sepasukan

Setiap mata semestinya tertumpu kepada perlawanan 2 seteru yang kuat dalam Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Manchester United yang bertemu di Anfield untuk perlawanan ke lima liga. Perlawanan yang dimenangi oleh Manchester United itu memang tidak disangka. Kenapa saya berkata begitu?



Seawal minit pertama lagi, Liverpool telah mengatur serangan dan bertubi-tubi menyerang Manchester United. Mereka juga menguasai hampir keseluruhan separuh masa pertama permainan. Mereka bertukar-tukar hantaran dan menyerang dari segenap segi. Nasib baik kekentalan penjaga gol muda Man.United, Lindergard dan pertahanan dapat mematahkan serangan Liverpool yang diketuai oleh Suarez.

Pada separuh masa pertama, pemain Man.United seperti kehilangan arah dan kerap kali hilang bola. Pemain yang paling ketara membuat kesilapan ialah Nani dan Kagawa. Mereka kerap kehilangan bola dan mereka berdua ibarat tidak mampu untuk melakukan gerakan dan mencipta peluang untuk Van Persie yang keseorangan di hadapan.

Memang sakit hati la bila lihat separuh masa pertama tu. Rasa macam nak telefon dekat Sir Alex tukarkan Nani dan Kagawa tu. Baik letak Scholes kat situ, lagi ok rasanya.

Separuh masa kedua, seawal minit pertama Man.United dibolosi oleh rembatan Gerrard. Macam mane pasukan lawan main 10 pemain boleh jaringkan gol dengan pasukan 11 pemain? Di situ telah nampak kelemahan Man.United. Tetapi semuanya berubah apabila Rafael menjaringkan gol penyamaan dan gol kemenangan dijaringkan melalui sepakan penalti oleh Van Persie setelah Valencia dijatuhkan dalam kotak penalti.

Itu adalah rangkuman serba sedikit perlawanan antara dua pasukan tersebut. Apa yang saya ingin luahkan di sini ialah pemain Man. United melakukan banyak kesilapan hantaran dan Liverpool dapat menguasai perlawanan dengan baik walaupun bermain dengan 10 pemain. Man. United dilihat tidak mampu menguasai kawasan tengah dan ini harus diberikan perhatian. Mungkin Kagawa belum mahir dengan corak permainan pasukan dan Sir Alex harus menggandingkan beliau dengan seorang pemain yang tahu untuk mengawal bahagian tengah supaya Kagawa dapat memahami corak permainan pasukan Man. United.

Nani juga dilihat amat tidak bermaya dan kerap mempersiakan hantaran dan boleh dikatakan Nani sudah hilang bisanya.

Apa pun kemenangan sudah menjadi milik Man.United dan diharap dengan kemenangan ini, Man. United agar terus cemerlang pada perlawanan seterusnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR