We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, September 20, 2012

PRESIDEN KAFA KATA KEKALAHAN MEMALUKAN


KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kekalahan 1-5 Red Warriors kepada kelab Arbil dari Iraq pada suku akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia semalam adalah memalukan.

Annuar melalui kenyataan dalam Facebook beliau turut menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan kekalahan besar Kelantan itu.

“Saya amat sedih. Apa yang kita tak mahu berlaku kepada pasukan yang mewakili negara dalam AFC akhirnya menimpa Kelantan. Kalah tak mengapa tetapi diaibkan dengan lima gol adalah memalukan,” katanya.



Sementara itu, pengurus Kelantan, Azman Ibrahim menyifatkan kekalahan tersebut menunjukkan Kelantan masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kelab-kelab Asia Barat.

Beliau berkata, keadaan itu menyaksikan Kelantan selaku juara Liga Super dan Piala FA, tidak berdaya menyekat kemaraan pasukan yang mara ke separuh akhir Piala AFC musim lalu.

Menurutnya, berdasarkan perlawanan semalam, pasukan Arbil FC cukup matang dan mempunyai kelebihan tersendiri berbanding Kelantan kerana mereka mampu berpesta gol sehingga minit terakhir.

Bagaimanapun katanya, kekalahan tersebut seharusnya dijadikan panduan kepada pasukan bagi memperbaiki kelemahan untuk menghadapi saingan kedua di laman sendiri.

“Saya mengakui laluan Kelantan pada peringkat suku akhir ini cukup berliku dan pada perlawanan timbang balik nanti di Stadium Sultan Mohammod IV, ia harus diperbaiki.

“Kelantan gagal mengimbangi perlawanan terutama pada separuh masa kedua berikutan hampir separuh tonggak utama tidak dapat bermain.

“Pemain tonggak Kelantan seperti Obinna Nwaneri, S.Subramaniam, Muhammad Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha dan Indra Putra Mahayuddin tidak beraksi kerana digantung dan mengalami kecederaan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, semalam.

Tambah Azman, Kelantan agak tempang ketika berkunjung ke Iraq antara lain disebabkan kegagalan mendaftarkan dua pemain import baru.

Jelasnya, pada babak pertama, Kelantan mampu menyaingi Arbil FC sehingga menjaringkan gol penyamaan oleh ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi, namun gagal menyekat pasukan lawan pada babak kedua.

“Kekalahan mungkin suatu yang semua orang tidak inginkan tetapi secara positifnya, kekalahan memberikan kita satu panduan untuk mencari dan memperbaiki kelemahan,” ujarnya.

SUMBER : KELATE.NET
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR