We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, September 19, 2012

(TERKINI) MENANG TAPI KURANG MENARIK

Mata masih mengantuk tetapi terpaksa update blog untuk berkongsi maklumat dengan penyokong United di luar sana. Saya bukan ingin mengutuk pasukan kesayangan saya dan anda semua tapi hanya ingin berkongsi pandangan saya tentang perlawanan pagi tadi iaitu menentang Galatasaray di Old Trafford.

Pada 10 minit pertama perlawanan, permainan adalah milik United dan berjaya menjaringkan gol hasil penyudah Carrick tapi selepas itu, perlawanan mula menjadi stabil. Galatasaray  dilihat mampu menyamakan kedudukan tetapi berjaya dihalang oleh kehebatan De Gea.



United dihadiahkan penalti apabila Rafael dijatuhkan oleh pemain lawan dalam kotak penalti. Nani mengambil sepakan tersebut tetapi hampa apabila tendangannya senang dihalang penjaga gol kelab Turki itu.

Saya perhatikan United agak susuah untuk memasuki kawasan penalti pasukan lawan dan pemain juga kerap melakukan hantaran yang sia-sia dan tersilap membuat hantaran. Ini perlu dielakkan kerana ia akan mengganggu permainan pasukan. Van Persie juga kurang digunakan dan pemain dilihat susah untuk membuat hantaran yang menarik. Pemain Galatasaray ini bijak menutup ruang bagi menyukarkan pemain United untuk membuat hantaran pendek.

Kagawa dan Scholes dilihat kurang menjadi dengan banyak membuat hantaran yang kurang berkesan. Nani dan Evra dilihat seperti mempunyai persefahaman yang baik apabila mereka berjaya memecahbelahkan pertahanan kiri pasukan lawan.

Rumusan keseluruhan, permainan United pada perlawanan pagi tadi harus banyak diperbaiki dan saya amat berharap pemain United dapat menjaringkan lebih banyak gol dan jangan terlalu berharap dengan satu gol kerana satu gol belum dapat menjamin kemenangan pasukan. Kerapkan hantaran pendek dan gunakan ketinggian yang ada pada Van Persie melalui hantaran silang.

Harap United akan memenangi UCL untuk musim ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR