We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, September 19, 2012

KENA MENANG



Pada jam 2.45 pagi nanti, Manchester United akan menerima kunjungan pasukan dari Turki, Galatasaray  bagi perlawanan pertama Uefa Champions League musim 2012/2013. Pasukan The Red Devils dilihat akan mendapat laluan mudah untuk layak ke saingan peringkat kedua apabila diundi bersama 2 lagi pasukan iaitu FC Braga dan CFR Cluj dalam kumpulan H.

United dilihat mampu untuk memenangi kesemua perlawanan dalam peringkat kumpulan ini tetapi mereka harus mempamerkan aksi yang konsisten jika ingin layak ke peringkat seterusnya.



United dilihat berkelebihan ke atas pasukan dari Turki ini dari kedudukan ranking kelab dunia. Tapi kita harus ingat ranking tidak menjanjikan kemenangan sebaliknya semangat berpasukan dan permainan yang kemas dan penyudah yang berkesan adalah penentu kejayaan pasukan.

Ramalan saya, perlawanan ini akan dimenangi oleh United dengan jaringan 2-0. Kepada penyokong United, Siaran Langsung di Astro Supersport 811 pada jam 2.45 pagi nanti. Jumpa anda untuk ulasan perlawanan pada besok pagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR