We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, September 12, 2012

NAMPAK SANGAT TAK NAK TOLONG

Saya baru membaca artikel di Kelate.net satni. Terkejut juga dengan artikel tersebut. Gini ceritanya. Sebenarnya Kelantan ada membuat permohonan untuk mengecualikan pemain-pemain Kelantan dari mewakili pasukan kebangsaan menentang Vietnam malam kelmarin tapi permohonan itu telah ditolak oleh FAM. Permohonan itu dibuat kerana Kelantan terpaksa melalui perlawanan dalam tempoh yang singkat termasuk perlawanan akhir peringkat kumpulan bertemu dengan Terengganu pada 14 September di Kota Bharu. Selepas lawan Terengganu, mereka harus terbang ke Iraq untuk menentang pasukan kelab negeri pak arab itu, Al Arbil SC pada 18 september.
 Jadi, kalu tengok kepada jadual perlawanan yang harus dilalui oleh Kelantan, seelok-eloknya FAM boleh memberikan pelepasan kepada pemain-pemain Kelantan bagi menghadapi jadual perlawanan yang ketat. Tapi sayangnya permohonan tersebut ditolak. Kenapa FAM tidak boleh bertolak ansur dalam hal sebegini sedangkan Kelantan bukan pergi sekadar sebuah kelab tapi Kelantan mewakili Malaysia dalam saingan Piala AFC? Tak kan itu pun FAM tak boleh nak bagi kerjasama. Katakan lah Kelantan berjaya ke separuh akhir, bukan nama Kelantan saje yang naik, nama Malaysia pun akan tercatat sekali. Cakap pun takde guna dah. Benda dah lepas. Tapi bila pikir balik, memang FAM ni anti-Kelantan. Maaf la cakap. Saya sebagai penyokong Kelantan amat berharap agar Kelantan boleh pergi jauh dan kalu FAM tak tolong, sapa lagi nak kami mintak tolong. Cuba la pihak pengurusan fikirkan cara terbaik untuk tingkatkan bola sepak negara kita. Pasukan Kelantan sekarang berusaha untuk menaikkan nama Malaysia di peringkat Asia. Bantu la kami seadanya bukan menindas kami dengan kuasa yang ada pada anda. Gomo Kelate Gomo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR