We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, September 28, 2012

MENERIMA KUNJUNGAN SPURS-ADA SIARAN LANGSUNG



Pada jam 12.45 pagi Ahad (waktu Malaysia), The Red Devils akan menerima kunjungan anak buah Andre Villa Boas di Old Trafford Stadium. Perlawanan keenam bagi liga perdana inggeris ini pasti mendebarkan kerana kedua-dua pasukan memenangi perlawanan kelima sebelum ini.



Pada saingan musim lalu, di stadium yang sama, Man. United mengalahkan Spurs dengan keputusan 3-0. Adakah keputusan tersebut akan berulang untuk musim ini? Sama-sama la kita saksikan.

Perlawanan malam ini mungkin agak sukar untuk Man. United kerana ramai pemain utama yang mengalami kecederaan. Antara pemain Man. United yang cedera ialah Vidic, Young, Valencia, Jones dan Smalling. Pemain sayap Portugal, Nani pula tidak mempamerkan permainan yang menarik dan kerap kali melakukan kesilapan yang pasti menambah kerisauan Sir Alex Ferguson. Untuk perlawanan malam ini, Man. United boleh mengharapkan kepada Rooney yang telah sembuh dari kecederaan, Van Persie yang menjaringkan gol setiap kali disenaraikan dalam kesebelasan utama dan Welbeck yang makin cemerlang permainannya.

Pertahanan Man. United harus mengekang dan mengawal penyerang berbisa Spurs, Defoe yang telah menjaringkan 3 gol dalam liga perdana inggeris buat masa ini. Dia semestinya akan disenaraikan dalam kesebelasan utama untuk merobek gawang Man. United. Rafael juga pasti sibuk kerana terpaksa mengawal sayap lincah Spurs, Bale yang pasti akan membuat hantaran dan akan menggunakan kelajuannya untuk menewaskan Rafael di bahagian kanan Man. United.

Sama-sama la kita saksikan perlawanan yang menarik ini di Astro Supersport di saluran 817 pada pagi Ahad nanti. Nak pegi jauh, jadi tengok kat rumah je la.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR