We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, November 6, 2012

BERITA THE RED DEVILS 5

Gomo Merah Gomo melaporkan berita untuk minggu ini. Adakah ada berita gembira atau duka, sama-sama kita baca di bawah yer..


Berita 1:
Sir Alex Ferguson telah dinobatkan sebagai pengurus terbaik untuk bulan Oktober. Beliau telah beberapa kali memenangi anugerah ini. Pada 6 Nov, beliau telah genap 26 tahun menguruskan Manchester United.


Berita 2:
Sebuah tugu peringatan Sir Alex Ferguson akan dibina di luar stadium Old Trafford sempena menghargai sumbangan beliau selama 26 tahun menguruskan Manchester United. Pembinaan tugu tersebut disponsor sepenuhnya oleh pemilik kelab, keluarga Glazer.


Berita 3:
Manchester United telah terkeluar dari saingan Piala Capital One apabila ditewaskan oleh Chelsea di Stamford Bridge dengan jaringan 5-4 pada pusingan ke 4.


Berita 4:
Manchester United berjaya mengalahkan kelab lama Van Persie pada perlawanan ke 10 Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu. Gol hasil jaringan Van Persie dan Evra telah memberi kemenangan bermakna 2-1 ke atas Arsenal di Old Trafford. Carzola berjaya mendapatkan gol saguhati buat pasukan pelawat pada minit akhir perlawanan. Dengan kemenangan ini, Man. United berada di tangga teratas liga dengan 24 mata.


Berita 5:
Dalam saingan Liga Perdana Inggeris U-21, Stoke City berjaya mengikat Manchester United dengan keputusan 1-1. Gol Man. United disumbangkan oleh Nick Powell.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR