Google+ Followers

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, November 2, 2012

GANDINGAN MANTAP SUATU KETIKA DAHULU


Selama lapan tahun (1995-2003), Manchester United memiliki salah satu gandingan pemain sayap terbaik di dunia. Beckham dan Giggs memiliki karakter berbeza sama ada dari segi corak permainan mahupun kehidupan di luar padang.
Beckham memang dilahirkan dari Akademi Manchester United manakala Giggs pula dizaman remajanya hampir menyertai Akademi Manchester City sebelum Sir Alex Ferguson melakukan kunjungan ke rumah pemain itu bagi memujuk keluarga Giggs supaya membenarkan anak mereka menyertai United.


Di penghujung era 90 an, United juga memiliki gandingan hebat di bahagian serangan dengan penyertaan Dwight Yorke dari Aston Villa dan Andy Cole dari Newcastle United. Walau bagaimanapun ramai yang percaya, tanpa hantaran-hantaran lintang tepat dari Beckham dan Giggs, tidak mungkin Yorke dan Cole mampu menghasilkan jaringan-jaringan yang banyak untuk United.

Hasil hantaran-hantaran lintang tanpa batas dari Beckham dan Giggs membolehkan Yorke serta Cole bermaharajalela di depan gawang lawan. Malah ada yang mengatakan Yorke dan Cole hanya perlu menghulurkan kepala atau kaki mereka untuk menjaringkan gol setiap kali Beckham atau Giggs melakukan hantaran lintang.

sumber : Buletin Manchester United
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR