We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, November 20, 2012

PERTARUHKAN SKUAD KEDUA


Pada pagi esok (Rabu, 21/11/2012), Manchester United akan bertemu Galatasaray di  Turk Telekom Arena, Turki. Perlawanan yang akan dilangsungkan di Astro Supersport 2 saluran 816 jam 3.45 pagi itu akan mempertemukan dua pasukan yang berbeza matlamat.


Manchester United turun tanpa tekanan kerana telah layak ke pusingan kedua. Ini disahkan apabila Sir Alex hanya menurunkan skuad muda dan dianggap skuad kedua Man. United. Galatasaray pula amat mengharapkan kemenangan ke atas The Red Devils bagi membuka peluang mereka untuk berada di tangga kedua.

Pada pendapat saya, perlawanan mungkin akan dikuasai oleh oleh pasukan tuan rumah yang pasti akan menurunkan pasukan terkuat mereka bagi mengalahkan pasukan muda Man. United. Tetapi Galatasaray tidak boleh memandang mudah pasukan muda Man. United ini. Mereka juga memiliki kualiti dan kekuatan tersendiri.

Pemain muda Man.United harus bermain dengan bersungguh-sungguh bagi membuktikan mereka layak untuk menyarung kelab terkemuka England itu. Tidak mustahil juga mereka mampu mengejutkan pasukan tuan rumah di laman mereka sendiri. Jika ini berlaku, sememangnya Man. United memiliki pasukan pelapis yang sesuai untuk mewakili skuad utama nanti.

Pada perlawanan pertama di Old Trafford, Carrick menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk mengalahkan kelab Turki itu.

Sama-sama kita saksikan kehebatan dan kesudahan perlawanan ini pagi nanti.

Barisan kemungkinan:

GK : Lindergard
Pertahanan: Rafael, Jones, Wootton, Buttner
Tengah : Anderson, Carrick, Fletcher,Young
Penyerang : Welbeck, Chicharito
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR