We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Saturday, November 24, 2012

PREVIEW SIR ALEX VS HARRY REDKNAPP


Tepat jam 11.00 malam ini, Manchester United akan menentang Queens Park Rangers di Old Trafford untuk perlawanan ke 13 liga. Perlawanan yang akan dilangsungkan di ESPN saluran 812 itu pastinya sengit kerana kedua-dua pasukan menginginkan kemenangan selepas tewas pada perlawanan sebelum ini.


Rooney akan bergandingan dengan RVP apabila telah pulih dari kecederaan bagi perlawanan malam ini.

Tewas kepada Norwich City dalam saingan liga perdana dan tewas kepada Galatasaray dalam liga juara-juara mungkin boleh menjadi titik kebangkitan untuk Man. United malam ini. Dengan kehadiran Rooney yang telah sembuh dari kecederaan pastinya akan menguatkan lagi bahagian serangan yang dilihat tumpul dalam 2 perlawanan sebelum ini. Pastinya Sir Alex akan menurunkan skuad terkuat malam ini bagi menambah derita QPR yang telah menghuni terbawah liga dalam 12 perlawanan ini.

Harry Redknapp dilantik menjadi pengurus sementara QPR selepas Mark Hughes dicepat.

QPR pula pastinya akan memberi saingan pada perlawanan malam nanti apabila mendapat suntikan baru dari jurulatih baru mereka. Selepas Mark Hughes dicepat, Tony Fernandez terus mendapatkan Harry Redknapp sebagai penganti. Bekas pengurus Spurs itu pastinya akan membuat percaturan terbaik bagi menyaingi kekuatan Man. United. Tetapi QPR dilihat mungkin sukar untuk merobek gawang United kerana dibelenggu kecederaan penyerang. Mereka hanya boleh menyandarkan kepada bekas penyerang Liverpool bagi mengemudi bahagian depan.

Park Jee Sung kembali ke Old Trafford tetapi sebagai pemain QPR selepas dijual pada awal musim ini

Perlawanan malam ini juga akan melihat kembalinya Park Jee Sung ke Old Trafford selepas dijual kepada QPR musim ini. Fabio juga pasti gembira keran dapat berjumpa dengan kembarnya Rafael.

Pada pertemuan terakhir dua pasukan ini di Old Trafford, Man. United telah mengalahkan QPR dengan keputusan 2-0 dan saya amat berharap agar sekali lagi Man. United dapat menumbangkan QPR di Old Trafford malam ini.

Sama-sama kita saksikan perlawanan malam ini.

Barisan kemungkinan pilihan saya:

GK : De Gea
Def : Rafael, Evans, Ferdinand, Evra
Mid : Valencia, Carrick, Scholes, Rooney, Young
For : Van Persie,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR