We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Friday, November 23, 2012

HARI BERSEJARAH BUAT SIR ALEX FERGUSON

Semalam (23/11/2012) merupakan hari bersejarah buat pengendali The Red Devils, Sir Alex Ferguson apabila sebuah majlis telah diadakan bagi menyambut 26 tahun dia bertanggungjawab memimpin kelab di Old Trafford ini. Pada majlis itu juga, ramai bekas pemain bimbingannya telah hadir bagi menyaksikan majlis yang sangat bermakna bagi Sir Alex.

Inilah patung Sir Alex Ferguson yang didirikan di hadapan Old Trafford Stand.

Majlis itu adalah majlis perletakan tugu peringatan Sir Alex Ferguson di Old Trafford Stadium. Majlis tersebut dianjurkan oleh pengerusi pasukan, David Gill. Tugu peringatan itu dibuat gangsa  yang ditempah khas berketinggian 9 kaki dan dibuat oleh Philip Jackson .

Legend Man. United. Dari kiri Ole Gunner, Cantona, Yorke, Cole Ruud Van dan Van Der Sar

Antara bekas-bekas pemain yang menghadiri majlis terebut ialah Eric Cantona, Peter Schmeichel, Ruud Van Nistelrooy, Gary Neville, Dwight Yorke, Ole Gunnar Solskjaer, Edwin Van Der, Andrew Cole, Phil Neville dan Bryan Robson. Majlis itu juga dihadiri oleh skuad utama Man.United antaranya ialah Rooney, Giggs, Van Persie, Vidic, Scholes dan lain-lain pemain. 2 bekas bintang Man. United, Cristiano Ronaldo dan David Beckham tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana berlatih bersama kelab masing-masing dan mereka berdua telah menghantar rakaman video bagi mengucapkan tahniah kepada Sir Alex.

Ronaldo dan Beckham membuat ucapan melalui rakaman video yang ditayangkan pada majlis tersebut.

Selain itu, 2 bekas musuh Sir Alex iaitu Jose Mourinho dan Arsenge Wenger juga menghantar rakaman video mengucapkan tahniah di atas penghormatan tersebut dan memuji Sir Alex di atas pencapaian beliau menguruskan kelab ini.

Selama bersama Man. United, Sir Alex telah memenangi telah 37 trofi - Liga Perdana Inggeris (12), Champions League (2), Piala FA (5), Piala Liga (4), Community Shield (10), Piala Pemenang Piala UEFA (1), UEFA Super Cup (1), Piala Antara Benua (1), FIFA Club World Cup (1).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR