We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, November 21, 2012

SPEKULASI PERPINDAHAN MAT YO


Tan Sri Anuar Musa telah mengumumkan senarai pemain skuad Kelantan untuk musim 2013. Lihat artikel ini untuk mengetahui senarai pemain Kelantan musim hadapan. Seperti dijangkakan, Nor Shahrul Idlan Talaha tidak tersenarai dalam skuad tersebut dan telah disahkan menyertai pasukan Harimau Selatan, Johor. Perkara tersebut telah disahkan oleh pihak pengurusan Kelantan dan juga Johor.


Nor Shahrul atau lebih dikenali dengan gelaran Mat Yo oleh penyokong Kelantan akan bersama dengan Nurul Azwan Roya atau Awe bagi menabur bakti di sana.

Akhirnya, semua gosip dan khabar angin tentang perpindahan Mat Yo ke pasukan Johor menjadi realiti. Sebelum ini, pelbagai khabar angin yang kita dengar melibatkan perpindahan pemain yang memperoleh Penyerang Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik ini. Dia juga dikhabarkan akan menerima gaji yang lebih tinggi berbanding ketika bersama Kelantan.

Selepas Johor membeli pemain kembar ATM, nama Nor Shahrul mula disebut-sebut untuk menyertai Johor. Ditambah pula dengan kenyataan isteri beliau yang mengatakan Mat Yo sendiri ingin berpindah ke Johor.

Tetapi perkara tersebut telah disangkal oleh pengurusan Kelantan yang menegaskan Mat Yo akan kekal bersama Kelantan untuk musim depan kerana terikat dengan kontak yang telah ditandatangani.

Setelah melihat Kelantan enggan melepaskan beliau, Mat Yo mula mengeluarkan kenyataan yang beliau memang ingin mencuba nasib di Johor.

Pengurusan Kelantan akhirnya mengalah dengan tuntutan Johor dan Mat Yo. Mat Yo dikatakan bernilai RM 1 juta. Nilai itu mengejutkan ramai pihak termasuk penyokong. Ada penyokong yang berharap Mat Yo kekal dan ramai juga yang telah tawar hari dengan Mat Yo.

Selepas Tan Sri Anuar Musa pulang dari mengerjakan haji, timbul pula isu baru apabila harga Mat Yo bukan RM 1 Juta sebaliknya RM 6 Juta. Sekali lagi ramai pihak terkejut. Kenapa sampai RM 6 Juta? Kenapa mahal sangat? Rupanya perkara sebenar pun diceritakan oleh Tan Sri sendiri. Jika Mat Yo keluar dari Kelantan, beberapa penaja akan turut sama kelaur. Ini akan merencatkan perancangan Kelantan untuk musim depan.

Tapi semua itu telah berakhir kelmarin dulu (20/11/2012) apabila Tan Sri Anur Musa mengumumkan 28 pemain Kelantan 2013 dan nama Mat Yo tiada dalam senarai tersebut. Perpindahan Mat Yo juga telah disahkan oleh media dan pihak pengurusan pasukan Johor.

Itulah serba sedikit spekulasi melibatkan perpindahan Mat Yo ke Johor.

Pada pendapat saya, Kelantan boleh pergi jauh walaupun tanpa bantuan Mat Yo musim ini. Pemain yang banyak memainkan peranan dalam kejayaan tahun 2012 adalah Piya, Farhan, Ghaddar dan Indra. Walaupun Mat Yo banyak menyertai perlawanan dengan Kelantan tetapi sedikit jaringan yang dapat dilakukan oleh beliau.

Yang pergi biar pergi. Semoga Mat Yo akan berjaya di sana. Sebenarnya Mat Yo terlupa, namanya gah di dalam bola sepak Malaysia adalah dari bantuan rakan sepasukan dan pengurusan Kelantan. Kita tengok macam mana Mat Yo di sana nanti untuk musim depan.

Gomo Kelate Gomo.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR