We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, November 28, 2012

PREVIEW THE RED DEVILS VS TUKUL


Pada pagi nanti (jam 4.00), Manchester United akan menerima kunjungan West Ham United bagi perlawanan ke 14 Liga Perdana Inggeris. United yang menghuni tangga teratas liga pastinya ingin mengukuhkan kedudukan tersebut dengan mengalahkan West Ham United di Old Trafford nanti. Kemenangan tersebut juga akan menguatkan tekanan kepada 2 pencabar terdekat United, Manchester City dan Chelsea yang akan turun lebih awal 15 minit berbanding United.


Perlawanan yang akan dilangsungkan di Astro Supersport 3 itu dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan menginginkan kemenangan dan setiap pasukan akan menurunkan pasukan terkuat bagi merealisasikan kemenangan tersebut. Kelebihan dilihat kepada Manchester United dari segi kekuatan pasukan dan juga rekod pertemuan sebelum ini yang banyak memihak kepada Man. United.

West Ham United amat mengharapkan kemenangan kerana ingin menaikkan semangat pemain dan penyokong setelah mereka tewas kepada Spurs dalam perlawanan sebelum ini. Kekalahan 3-1 itu harus ditebus pada perlawanan pagi nanti. Kemenangan itu juga pasti manis kerana dapat mengalahkan pendahulu Liga Perdana.

Kita lihat kekuatan pasukan Man. United dulu. Pada bahagian serangan, United tidak menghadapi masalah apabila kesemua 4 penyerang berada dalam keadaan sangat baik dan mampu diturunkan. Tetapi Sir Alex pasti menurunkan gandingan mantap United, Rooney dan Van Persie bagi merobek gawang The Hummer. Di bahagian tengah, terdapat sedikit kesulitan apabila ramai pemain yang cedera. Antaranya ialah Nani, Fletcher dan Valencia. Sir Alex akan menurunkan pemain terbaik perlawanan ketika bertemu QPR, Anderson sebagai kesebelasan utama pada bahagian tengah yang akan berganding dengan Carrick, Scholes dan mungkin Welbeck akan mengisi bahagian sayap.

Bahagian pertahanan tidak memberikan banyak masalah apabila kembalinya Smalling, Evans dan Jones dan ini memberikan banyak pilihan kepada Sir Alex untuk menentukan siapa bakal mengukuhkan bahagian pertahanan.

Pasukan lawan pula ada kekuatan tersendiri. Mereka memilik pemain tengah yang berpengalaman terutamanya kapten mereka, Nolan dan Noble. Mereka berdoa ini akan dibantu oleh beberapa pemain muda dan juga akan membantu bahagian serangan yang akan diketuai oleh pemain pinjaman dari Liverpool, Andy Carroll.

Nolan, kapten tukul ini harus diberi perhatian kerana mampu menjaringkan gol walaupun bermain di bahagian tengah

Mengikut rekod pertemuan, United pernah ditewaskan oleh West Ham dan ini harus diberi perhatian kerana West Ham berada pada prestasi terbaik mereka setakat ini apabila berada dalam kelompok 10 terbaik dalam liga.

Semoga Man. United akan terus mencapai kemenangan dan akhirnya kekal di persada liga untuk perlawanan ke 14 ini. Sama-sama kita saksikan perlawanan pagi nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR