We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, November 20, 2012

KALAH MENGEJUT

Van Persie terlepas peluang menjaringkan gol ketika bertemu Norwich di Carrow Road Stadium.

Jaringan 1 gol hasil jaringan Pilkington sudah cukup untuk Norwich City mengalahkan pendahulu liga perdana, Manchester United di laman sendiri. Dengan kekalahan ini, Man. United telah menambah koleksi kekalahan mereka kepada 3 kali iaitu pertama, kalah dengan Everton (0-1) dan kedua, kalah kepada Spurs (2-3).


Mengulas mengenai permainan Manchester United pada pagi Ahad tu, saya rasa macam Man. United tidak bermaya. Corak permainan yang slow dan kurang menyerang. Bahagian tengah juga seperti tidak kreatif untuk mencipta peluang untuk penyerang menjaringkan gol.

Separuh masa pertama amat membosankan bagi saya. Sememangnya, tanpa kelibat Rooney, pasukan Man. United kelihatan letih dan lesu. Gandingan antara Van Persie dan Hernandez tidak menjadi. Hernandez juga kerap kehilangan bola dan gagal menampilkan aksi menakjubkan seperti ketika mengalahkan Villa untuk perlawanan sebelum ini.

Bahagian pertahanan tidak ada masalah. Mereka mampu menyerap tekanan daripada serangan Norwich yang mampu menampilkan aksi menarik di laman sendiri. Mereka juga bijak mencari peluang untuk menjaringkan gol dan berjaya mengucar-kacirkan pertahanan Man. United.

Gol Norwich terhasil hasil tandukan Pilkington yang menanduk bola hasil hantaran sebelah kiri gol. Dia yang tidak dikawal berjaya menewaskan Lindergard yang menggantikan De Gea di pintu gol Man. United. Kemasukan Welbeck pada 20 minit terakhir bagi saya memang lewat. Sepatutnya Welbeck diletakkan sebagai kesebelasan utama dan Hernandez diletakkan pada bangku simpanan.

Bagi saya, Hernandez sesuai untuk menjadi super sub. Ini kerana telah terbukti dalam beberapa perlawanan sebelum ini di mana Hernandez telah beberapa kali menyelamatkan maruah Man. United dari menanggung kekalahan.

Saya amat berharap agar corak permainan yang ditunjukkan selepas ini lebih berkualiti. Saya penyokong Man. United cuma berharap agar Man. United dapat memenangi setiap perlawanan yang dilalui. Kekalahan pun kita terima tapi perit la sikit untuk diterima.

Apa pun kekalahan semalam tidak melunturkan semangat kami untuk menyokong Man. United.Saya akan terus menyokong Man. United dan yakin dengan kemampuan United untuk merangkul kejuaraan tahun ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR