We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, November 1, 2012

PREVIEW MANCHESTER UNITED VS ARSENAL


Tepat jam 8.45 mlm esok, Manchester United akan menerima kunjungan Arsenal di Old Trafford untuk perlawanan ke 10 Liga Perdana Inggeris.
Perlawanan dijangka sengit kerana Arsenal pasti ingin mengalahkan Man. United di laman sendiri dan Arsenal juga ingin menuntut bela terhadap kekalahan memalukan ketika berkunjung ke sini musim lalu. Dikalahkan 8-2 pastinya meninggalkan kesan kepada penyokong, pemain dan pengurusan The Gunners.Van Persie menjaringkan 1 gol dalam perlawanan tersebut dan dia juga pasti tidak lupa dengan kekalahan tersebut

Bagi Manchester United pula, kemenangan sangat diperlukan untuk memintas Chelsea bagi mengisi slot takhta liga selama 2 jam sebelum Chelsea turun menentang Sweansea City di tempat lawan. Jika Man. United menang dan Chelsea kalah atau seri dengan Sweansea, maka kita akan kekal di takhta liga perdana inggeris.

Perlawanan antara Man.United dan Arsenal sememangnya dinantikan oleh penyokong setiap pasukan kerana perlawanan pasti hebat dan menarik. Arsenal pastinya menurunkan barisan terkuat mereka. Giroud dan Podolski akan mengemudi bahagian serangan dan Carzola, Arteta, Ramsey dan Wilshere menguatkan bahagian tengah. Bahagian pertahanan pula diisi oleh Matsesakar, Vermealean, Sagna dan Sandro.

Man. United pula pasti menurunkan bekas penyerang Arsenal, Van Persie yang akan berseorangan di hadapan. Dibantu pula oleh Rooney, Valencia, Young, Cleverly dan Carrick di bahagian tengah manakala pertahanan pula pastinya Evans, Ferdinand, Rafael dan Evra.

Saya pastinya akan terpacak di depan tv nanti. mintak-mintak Man. United menang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR