We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Tuesday, November 6, 2012

ANDY COLE MEMPERKATAKAN TENTANG LIGA JUARA-JUARA


Memenangi trofi Liga Juara-Juara akan menjadi cabaran terbesar buat Manchester United musim ini, begitulah pandangan bekas penggempur The Red Devils, Andy Cole yang pernah bermain untuk United bermula dari tahun 1995 hingga 2001.


Sepanjang kariernya di Old Trafford, Cole berjaya membantu United menjulang lima kejuaraan Liga Perdana, dua kejuaraan Piala FA, dua kejuaraan Perisai Komuniti dan satu kejuaraan Liga Juara-Juara. Selepas kali terakhir menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2008, United berjaya layak keperlawanan akhir sebanyak dua kali (2009 dan 2011) tetapi tewas kedua-dua aksi perlawanan akhir kepada Barcelona.

Edisi musim ini masih berlangsung di peringkat kumpulan, dan United mengungguli Kumpulan H, selepas menang kesemua tiga perlawanan awal mereka. Meskipun demikian, Cole melihat masih terlalu awal untuk menilai prestasi bekas kelabnya itu dan menjangkakan cabaran besar menanti United jika mereka mahu membawa pulang semula trofi itu ke Old Trafford. “Sukar untuk memenangi Liga Juara-Juara apabila anda melihat adanya kelab seperti Barcelona dan Real Madrid juga tidak terkecuali Bayern Munich.

Saya selalu mengatakan, jika anda mahu memenangi trofi Liga Juara-Juara, anda perlukan sedikit tuah. Pada 1999 kami memiliki sedikit tuah dan berjaya menjulang kejuaraan. Memenangi trofi Liga Juara-Juara akan menjadi cabaran besar buat United musim ini kerana mereka juga terpaksa berdepan saingan sengit di liga domestik, tetapi cabaran Liga Juara-Juara lebih besar”, kata Cole. Di kesempatan yang sama, Cole turut memberikan komen tentang perlawanan yang membabitkan United dan Arsenal, Sabtu lalu.

Menurut Cole dia terkejut dengan suasana perlawanan yang dilangsungkan di Old Trafford itu terutamanya dengan kehadiran penyokong pelawat yang begitu ramai. Bagi Cole, United seolah-olah beraksi di gelanggang lawan namun suasana cukup fantastik pada malam itu. Mengulas tentang prestasi Arsenal dalam perlawanan itu, Cole berpendapat prestasi skuad bimbingan Arsene Wenger sebenarnya lebih teruk jika dibandingkan ketika mereka tewas 2-8 musim lalu.

“Saya fikir United seharusnya menjaringkan lebih banyak gol, mungkin empat atau lima gol. Anda lihat apakah mereka (Arsenal) sepatutnya tewas 1-2 dalam perlawanan itu? Itu permainan terburuk Arsenal yang pernah saya lihat. Skuad yang tewas 2-8 musim lalu lebih bagus berbanding dengan skuad yang diturunkan Sabtu lalu”, kata pemain yang menjaringkan 93 gol dari 195 penampilan untuk United itu. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR