We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Sunday, November 25, 2012

BANGKIT SELEPAS KETINGGALAN


Seperti biasa, Manchester United membiarkan lawan mendahului sebelum bangkit untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas pasukan tercorot liga, Queens Park Rangers di Old Trafford malam tadi.


Kebangkitan Man. United bermula pada separuh masa kedua setelah dihukum oleh pemain QPR, Jamie Mackie yang berjaya menewaskan Lindergard untuk gol pertama pelawat. Sir Alex membuat 2 pertukaran iaitu Anderson menggantikan Scholes dan Hernandez menggantikan Young bagi menguatkan bahagian tengah dan serangan Man. United yang dilihat kurang menjadi.

Anderson dan Chicarito bergandingan untuk menjaringkan gol ketiga Man. United ketika menewaskan QPR di Old Trafford.

Dengan kemasukan Anderson, corak permainan mula berubah apabila dia membuat beberapa lorongan yang membuahkan gol. Gol penyamaan Man. United dijaringkan oleh Evans yang berjaya menewaskan Cesar hasil sepakan penalti yang diambil Rooner.

Gol kedua pula dijaringkan oleh Fletcher juga melalui sepakan percuma. Dia yang melonjak tinggi, menanduk bola menewaskan Cesar yang tidak berdaya menahan bola tersebut. Gol ketiga dijaringkan oleh Hernandez yang menerima hantaran Anderson.

Dengan kemenangan ini, Man. United kembali menerajui liga dengan 30 mata, dibezakan 2 mata dengan Man. City yang akan turun bertemu Chelsea di Stamford Bridge awal pagi esok. Saya amat berharap agar Chelsea berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Man. City dan Man. United dapat kekal berada di atas liga.

Apa yang dirisaukan oleh pengurus, jurulatih dan penyokong ialah bahagian pertahanan yang sentiasa mudah dibolosi lawan. Adakah gandingan Evans dan Ferdinand tidak berkesan atau mungkin kedua-dua pemain ini tiada persefahaman? Ketika kalah kepada Norwich, Ferdinand digandingkan dengan Smalling dan mereka berdua dilihat kukuh dibahagian pertahanan walaupun berjaya ditembusi oleh tandukan Pilkington. Mungkin ada baiknya Sir Alex mencuba gandingan antara Evan dengan Smalling atau Ferdinand dengan Smalling untuk mengukuhkan bahagian pertahanan.

Bahagian tengah juga dilihat tidak bermaya apabila kedua-dua pemain sayap tidak berkesan. Adakah sesuai jika Nani diberikan peluang untuk diturunkan bagi menguatkan bahagian sayap yang dilihat tidak mampu memecah bahagian pertahanan lawan?

Perlawanan semalam juga menyaksikan Van Persie tidak dapat menjaringkan gol. Sudah 3 perlawanan beliau tidak menjaringkan gol dan sesuatu harus dilakukan supaya dia dapat meningkatkan semula mutu permainannya dan dapat menjaringkan gol. Beberapa peluang yang terhidang semalam tidak dapat disempurnakan walaupun mempunyai ruang untuk menjaringkan gol.

Hernandez pula membuktikan yang dia adalah super sub bagi Man. United. Ketika menewaskan Villa, dia telah menjaringkan dua gol sebagai super sub dan dia harus sedar, itu adalah tahap dia di Old Trafford. Ketika diturunkan bertemu Norwich, dia tidak dapat menjaringkan gol.

Tetapi bila pikir balik, adakah Rooney yang memainkan peranan dalam kemenangan Man. United dan Hernandez dapat menjaringkan gol. Ketika bertemu Norwich, Hernandez tidak dapat peluang untuk menjaringkan gol kerana tiada hantaran yang dilakukan untuk dia menjaringkan gol. Tetapi semalam dia telah berjaya mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan berjaya menyumbangkan 1 gol.

Ini bermakna Rooney adalah tonggak kecemerlangan Man. United untuk musim ini dan harus dikekalkan untuk bertemu West Ham United di Old Trafford untuk perlawanan seterusnya nanti.
Sama-sama kita saksikan The Red Devils beraksi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR