We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, November 29, 2012

BERITA RED WARRIOR 4

Gomo Merah Gomo akan melaporkan berita mingguan tentang The Red Warriors.


Berita 1.
Kelantan berjaya mengalahkan pasukan Queensland FC dengan keputusan 3 berbalas 0. Gol Kelantan dijaringkan oleh Aris Zaidi, Khairul Izuan dan Norfarhan. Perlawanan yang dilangsungkan di  Queensland Sports academy Australia itu adalah perlawanan persahabatan antarabangsa pertama untuk musim ini.

Ini lah pasukan yang akan menjadi lawan pasukan Kelantan pada Unity Cup nanti

Berita 2.
Kelantan sekali lagi akan bertemu dengan pasukan dari Indonesia bagi perlawanan Unity Cup 2012.
Kelantan dijadualkan akan bertemu Sriwijaya FC yang memenangi liga perdana Indonesia. Berikut maklumat perlawanan Unity Cup 2012.

Match : (MAS) Kelantan FA vs Sriwijaya FC (INA
Venue : Stadium Sultan
Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
Masa Sepak Mula : 8.45 malam
| 07 Dis 2012.
Match : Sriwijaya FC (INA) vs
(MAS) Kelantan FA | 2
Venue : Stadium Jakabaring
Palembang, Indonesia.
Masa Sepak Mula : 8.00 malam
| 14 Dis 2012.

Berita 3.
Pihak Kafa akan mengumumkan siapakan dua pemain yang akan melengkapkan skuad Kelantan untuk musim 2013. Sudah ramai bintang bola sepak negara dikatakan dipancing Kelantan tetapi semua itu akan terjawab pada 3 Disember ini. Sama-sama kita nantikan siapakan yang akan memakai jersi no 9 dan pemain import yang akan mewakili Kelantan nanti.

Matyo telah menyertai Johor untuk saingan liga musim depan.

Berita 4.
Matyo atau Nurshahrul Idlan Talaha telah menandatangani kontrak bersama Johor untuk musim 2013 nanti. Dia akan bergandingan dengan Syafiq Rahim, Kembar Zaquan dan Aidil, Azmi Muslim dan bekas pemain Kelantan, Nurul Azwan Roya.

Ini lah Nurul Azwan Roya dan isteri ketika majlis perkahwinan merak baru-baru ini.

Berita 5.
Nurul Azwan Roya atau Awe telah bergelar pengantin baru apabila dia telah melangsungkan perkahwinan bersama isteri cinta yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Johor. Pengurusan Kafa meluangkan masa menghadiri majlis tersebut bagi meraikan bekas sayap lincah Kelantan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR