We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Monday, November 5, 2012

SEJARAH TIDAK BERULANG LAGI-SEKADAR MENANG TIPIS

Van Persei menjaringkan gol seawal minit ke 3 untuk membantu kemenangan Man United ke atas kelab lamanya, Arsenal

Kemenangan sepatutnya disambut dengan kegembiraan, tetapi itu tidak berlaku terhadap pemain pertahanan, Manchester United, Rio Ferdinand. Walaupun United berjaya menewaskan antara pesaing kejuaraan musim ini, Ferdinand mendakwa suasana di bilik persalinan tidak menggambarkan bahawa United baru menang perlawanan penting.
Gol Santi Cazorla di minit akhir perlawanan menjadi penyebab utama mengapa tiada sambutan seperti biasa di kalangan pemain-pemain United setiap kali mereka menewaskan Arsenal sebelum ini. Bagi pertahanan berpengalaman itu, United sebenarnya mampu mengulangi pencapaian mereka membelasah skuad The Gunners seperti yang dilakukan mereka musim lalu.

Gol Cazorla jelas menunjukkan benteng pertahanan United masih belum menampilkan aksi konsisten dan itu sangat mengecewakan Ferdinand selaku tonggak utama di barisan belakang. “Kami sepatutnya menamatkan perlawanan sebagaimana keputusan yang kami capai musim lalu. Ini adalah hasil yang mengecewakan. Jika anda lihat suasana di bilik persalinan kami, ia seolah-olah menunjukkan bahawa kami baru saja mengalami kekalahan”, kata Ferdinand.

Meskipun unggul menerusi gol pembukaan Robin Van Persie dan disusuli jaringan Patrice Evra di separuh masa kedua, United gagal mengambil kesempatan terutamanya ketika pelawat kekurang seorang pemain selepas Jack Wilshere diperintah keluar padang. Dengan kelebihan seorang pemain, United sebaliknya membenarkan lawan membolosi gawang mereka dipenghujung perlawanan menerusi gerakan Cazorla.

Evra Bidas Wenger

Evra menjaringkan gol kedua ketika menewaskan Arsenal di Old Trafford, Sabtu lalu.

Sementara itu Patrice Evra membidas kenyataan Arsene Wenger yang mengatakan pemain pertahanan itu bertanggungjawab atas layangan kad merah terhadap pemain tengahnya, Jack Wilshere. Kelmarin Wenger mengatakan bahawa `lakonan’ berlebihan Evra menyebabkan pengadil perlawanan, Mike Dean melayangkan kad kuning kedua kepada Wilshere diminit ke-69 sekaligus menyingkirkan pemain itu dari permainan.

“Dia (Wilshere) jelas bukan mencari bola. Dia berdiri di atas kaki saya dan itu bukan pertama kali dalam perlawanan itu”, kata Evra. Penyingkiran Wilshere merupakan tamparan hebat buat pemain berusia 20 tahun itu selepas tampil pada perlawanan keduanya sejak diketepikan selama 17 bulan akibat masalah kecederaan. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR