We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, November 21, 2012

PASUKAN MUDA TEWAS DI TURKI

Syabas dan tahniah buat pemain muda Manchester United yang menunjukkan mutu permainan berkualiti bagi memberi saingan kepada tuan rumah, Galatasaray dalam perlawanan ke lima Liga Juara-juara Eropah pagi kelmarin (21/11/2012).


Walaupun tewas 1-0, itu tidak dapat menutup kehebatan mereka berjaya memberi saingan kepada wakil Turki itu yang rata-rata pemainnya adalah berpengalaman dan berusia berbanding mereka. Meraka berjaya menghalang pihak tuan rumah menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan hampir mendahului hasil tandukan Powell tapi singgah di palang.

Pemain yang diturunkan semalam sangat bagus tetapi ada beberapa pemain yang lebih senior dilihat menunjukkan mutu permainan yang teruk. Pada pandangan saya, Anderson kurang menyengat semalam. Begitu juga Hernandez yang banyak kehilangan bola dan tidak mampu melakukan gerakan bagi Welbeck menghasilkan jaringan.

Pertahana yang diturunkan oleh Sir Alex juga amat berkualiti. Carrick dan Jones berjaya mengawal pertahanan Man. United dengan baik. Gol yang dibolosi pun hasil tandukan dari sepakan sudut di mana pemain lawan tidak dikawal dengan baik.

Apa pun pemain muda ini telah membuktikan mereka sememangnya layak menyarung jersi Man. United dan tidak mustahil ada beberapa pemain akan mengisi kesebelasan utama Man. United jika pemain senior mereka kecederaan atau berpindah.

Nick Powell hampir berjaya menjaringkan gol untuk Man. United tetapi tandukannya singgah di palang.

Pemain seperti Powell dan Joshua harus dipelihara dengan baik oleh Man. United. Ini kerana mereka dilihat mampu menyinar di Old Trafford.

Pemain muda semalam juga telah mendapat pendedahan yang berguna dan ada yang pertama kali merasai bermain di liga berprestij di eropah itu. Pada perlawanan terakhir kumpulan H bertemu Cluj nanti, saya berpendapat pemain muda ini mampu untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Mereka pasti akan melakukan yang terbaik bagi membuktikan kepada peminat dan penyokong mereka bahwa Man. United adalah kelab terbaik di eropah.

Dengan kekalahan itu juga, leburlah rekod bersih Man. United dalam saingan kumpulan musim ini. 12 mata kekal dan masih mendahului kumpulan. Galatasaray dan Cluj mengikut rapat di belakang dengan masing-masing mengumpul 7 mata. Perlawanan terakhir nanti akan menentukan nasib dua pasukan ini.

Biarlah rekod tersebut, yang penting, pemain muda Man. United dapat pengalaman berguna dan mampu meningkatkan mutu permainan mereka selepas ini. Kita jumpa 2 minggu lagi untuk perlawanan terakhir kumpulan di Old Trafford bertemu kelab dari Romania, Cluj.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR