We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Wednesday, November 28, 2012

MATYO SAH KE JOHOR

"Inilah kontrak yang saya nak sain sangat-sangat" kata Matyo kepada Kameraman.

Akhirnya angin yang bertiup kencang dari timur ke selatan telah berhenti. Spekulasi perpindahan Nor Shahrul Idlan Tahala ke Johor telah direalisasikan petang tadi apabila pegawai dari pasukan Johor menyaksikan Matyo menandatangani kontrak menyertai Johor di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Matyo yang menyertai pasukan negara dalam saingan piala AFF Suzuki pastinya gembira kerana hajatnya ingin bermain dengan pasukan Harimau Selatan itu telah menjadi kenyataan. Dia telah ditamatkan kontrak dengan Kafa setelah perbincangan dengan FAM meluluskan permohonan Matyo dan syarat yang ditetapkan oleh Kafa.

Perpindahan Matyo ini menjadi isu hangat kerana beliau masih memiliki kontrak dengan Kelantan tetapi Johor yang sedang memantapkan pasukan amat menginginkan Pemain Paling Berharga itu. Pemain itu akan menyertai Nurul Azwan Roya, pasangan kembar Aidil dan Zaquan, Azmi Muslim dan pemain import pinjaman selama setahun, Daniel Gonzalez Guiza.

Mengimbas kembali ketika Matyo bersama Kelantan, dia antara watak penting dalam skuad Kelantan dalam merangkul 3 piala pada tahun ini. Dia juga adalah penyumbang gol dalam perlawanan akhir piala Malaysia pada bulan Oktober yang lalu.

Pendapat saya mengenai pemain yang digelar 'The Linesman' ini, dia sememangnya banyak membantu dalam serangan Kelantan tetapi dia jarang menjaringkan gol untuk Kelantan dalam ketiga-tiga piala yang dimenangi. Penyerang sebenar Kelantan adalah Ghaddar yang berjaya menjaringkan 21 gol dalam semua kejohanan yang disertai Kelantan. Keputusan menjual pemain tersebut adalah tepat kerana dia pasti tidak akan menyerlah pada musim depan kerana hatinya bukan lagi untuk pasukan Kelantan.

Saya yakin Kafa mampu mencari pemain yang lebih baik berbanding Matyo yang pasti akan memberi mutu permainan yang lebih baik. Saya juga yakin Kelantan akan tampil lebih baik pada musim hadapan dan saingan juga pasti sengit apabila setiap pasukan giat memantapkan pasukan untuk merangkul kejuaraan yang ditawarkan nanti.

Semoga Kelantan akan terus cemerlang dalam saingan bola sepak Malaysia dan berjaya dalam saingan piala AFC.

Gomo Kelate Gomo.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR