We design a professional website for you in just 7 Days!

Followers

CHURP-CHURP

EZYTOPUP

Thursday, November 29, 2012

MENANG TIPIS-GOL TERPANTAS

Ini jaringan terpantas yang dihasilkan oleh Van Persie pada perlawanan pagi kelmarin.

Baru sahaja pengadil meniupkan wisel untuk memulakan permainan, Manchester United terus melancarkan serangan ke gawang West Ham United. Carrick melorongkan bola kepada Van Persie dan Van Persie bijak memperdaya seorang pertahanan West Ham sebelum melepaskan rembatan yang tertampan kaki pemain lawan lalu menerjah ke jaring.
Itulah rentetan jaringan terpantas yang dilakukan Van Persie pada 32 saat permainan baru dimulakan. Gol tersebut diiktiraf sebagai 5 terpantas di dalam Liga Perdana Inggeris. Gol tersebut kekal sehingga akhir permainan dan kemenangan berpihak kepada Man. United untuk kekal di persada liga perdana.

Pada perlawanan tersebut, Man. United berjaya mengelakkan gol mereka dari dibolosi lawan dan clean sheet ini adalah yang pertama dalam 5 perlawanan sebelum ini. Perkara ini amat disenangi oleh Sir Alex dan pemain pertahanan, Evans dan ini menunjukkan Man. United telah berubah dan sedang meningkat.

Sir Alex juga telah menunaikan janjinya kepada pemain terbaik ketika bertemu QPR hari itu. Anderson mengisi kesebelasan skuad utama pada perlawanan semalam dan telah menunjukkan mutu permainan yang sangat baik.

Selain itu, Sir Alex memuji bahagian pertahanan yang berjaya mengawal benteng dengan baik sehingga tidak mampu dicerobohi oleh pemain West Ham yang berpengalaman seperti Nolan dan Noble.

Pada bahagian tengah, Sir Alex mempertaruhkan Cleverly yang berjaya mengawal bahagian tengah dengan baik bersama Carrick dan Anderson dan dibantu oleh Rooney. Bahagian tengah dilihat tidak bermasalah sebaliknya bahagian serangan yang harus diberi tumpuan. Dengan jumlah jaringan yang sedikit, penyerang harus lebih tajam untuk perlawanan selepas ini supaya tragedi yang berlaku pada tahun lepas tidak berulang kembali.

Piala liga perdana dimenangi oleh jiran United kerana memiliki jumlah jaringan gol yang lebih dari United. Jadi, pada setiap perlawanan, penyerang harus menjaringkan banyak gol bagi mencapai kemenangan dan menambah koleksi gol.

Secara keseleuruhannya, Man. United menguasai permainan tetapi tidak mampu untuk menjaringkan gol dan perkara ini harus diteliti oleh Sir Alex kerana selepas perlawanan dengan Reading hujung minggu ini, United akan berjalan kaki ke Stadium Ettihad untuk bertemu City.

Jadi persiapan rapi harus dilakukan agar kita berjaya memecahkan rekod tanpa kalah City di laman mereka sendiri. Perkara tersebut tidak mustahil jika setiap pemain fokus pada game dan kurang melakukan kesilapan.

Saya yakin United mampu mengalahkan City. Sama-sama kita nantikan pertemuan tersebut 9 Disember nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FACEBOOK

ARTIKEL POPULAR